top of page

PIALA DUNIA: ARGENTINA KE SUKU AKHIR, SELEPAS 120 MINIT DALAM MASA TAMBAHAN

  • Writer: Editor
    Editor
  • Jul 4
  • 1 min read

Juara bertahan, Argentina, menepati ramalan apabila mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Dunia FIFA 2026 selepas menewaskan Cape Verde 3-2 menerusi aksi dramatik yang berlanjutan hingga 120 minit di Miami, awal pagi tadi.



Skuad kendalian Lionel Scaloni itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras oleh Cape Verde yang mempamerkan semangat juang tinggi dalam penampilan sulung mereka di pentas Piala Dunia.


Penjaga gol veteran Cape Verde, Vozinha atau nama sebenarnya Josimar José Evora Dias, muncul watak penting apabila beberapa kali menggagalkan percubaan berbahaya Argentina sepanjang 90 minit permainan sehingga mengheret perlawanan ke masa tambahan.


Argentina membuka jaringan pada minit ke-29 menerusi kapten pasukan, Lionel Messi, sebelum Deroy Duarte menyamakan kedudukan 1-1 pada babak kedua untuk menghidupkan peluang Cape Verde.


Memasuki masa tambahan, Argentina terus menguasai permainan dan kembali berada di hadapan menerusi rembatan pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez, hasil situasi sepakan penjuru pada separuh masa pertama tambahan.


Namun, Cape Verde sekali lagi mempamerkan kebangkitan apabila lencongan Sidny Lopes Cabral berjaya memperdayakan Emiliano Martinez untuk mengikat kedudukan 2-2 sekali gus menghidupkan semula harapan pasukan ranking ke-64 dunia itu.



Ketika perlawanan dilihat bakal ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti, Cristian Romero muncul wira Argentina apabila menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-111 untuk memastikan juara dunia itu melangkah ke pusingan seterusnya dengan kemenangan 3-2.


Kekalahan itu menamatkan perjalanan Cape Verde dalam penampilan sulung mereka di Piala Dunia. Walaupun gagal meneruskan kemaraan, skuad itu tetap mencipta sejarah tersendiri apabila mempamerkan aksi berani dan memberi tentangan sengit kepada antara pasukan terbaik dunia sepanjang kejohanan.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page