top of page

PIALA DUNIA: MBAPPE DAHULUI PEREBUTAN KASUT EMAS, CIPTA REKOD PENJARING TERBANYAK

  • Writer: Editor
    Editor
  • Jul 19
  • 1 min read

Penyerang sensasi Perancis, Kylian Mbappe, terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu perebutan Anugerah Kasut Emas Piala Dunia FIFA 2026 selepas meledak satu gol ketika membantu skuad Les Bleus menentang England dalam aksi penentuan tempat ketiga, awal pagi tadi.



Jaringan itu menyaksikan Mbappe kini mengumpul 10 gol sepanjang kempen kali ini, sekali gus mendahului senarai penjaring terbanyak kejohanan dengan kelebihan dua gol mengatasi kapten Argentina, Lionel Messi.



Pada masa sama, pemain Real Madrid itu turut melakar sejarah baharu apabila muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah Piala Dunia selepas mengumpul keseluruhan 22 gol hasil penampilannya dalam tiga edisi berturut-turut sejak Piala Dunia 2018.


Pencapaian tersebut sekali gus mengatasi rekod terdahulu dan mengukuhkan status Mbappe sebagai antara penyerang paling prolifik dalam sejarah kejohanan bola sepak paling berprestij dunia itu.


Dengan hanya perlawanan akhir berbaki, Mbappe kini berada pada kedudukan terbaik untuk merangkul Anugerah Kasut Emas Piala Dunia FIFA 2026, sekali gus menambah satu lagi pencapaian berprestij dalam kariernya.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page