top of page
News


DERBY LIGA SUPER: SELANGOR TAMPIL GAGAH, TEWASKAN KL CITY 3-0
Selangor FC meneruskan momentum cemerlang dalam saingan Liga Super Malaysia apabila tampil dominan untuk menundukkan Kuala Lumpur (KL) City FC 3-0 dalam aksi derby Lembah Klang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi. Kemenangan itu bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Gergasi Merah dalam persaingan liga, malah melanjutkan rentetan kemenangan mereka kepada empat perlawanan berturut-turut. Sejak wisel permulaan dibunyikan, Selangor memperlihatkan corak perma

Editor
5 days ago1 min read


PIALA FA: SELANGOR ATASI SABAH 2-1, MARA KE SUKU AKHIR PIALA FA
Selangor FC terpaksa mengharungi aksi sengit sebelum menewaskan Sabah FC 2-1 dalam perlawanan kedua pusingan 16 Piala FA di Stadium Petaling Jaya, malam tadi, sekali gus mengesahkan kemaraan ke suku akhir dengan kemenangan agregat 4-3. Kemenangan itu menyaksikan skuad Gergasi Merah meneruskan cabaran dalam saingan Piala FA selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam pertemuan pertama di Stadium Likas, minggu lalu. Beraksi di hadapan stadium tanpa kehadiran penonton susulan hu

Editor
Sep 101 min read


LIGA SUPER: AKSI PENUH DRAMATIK, KAD MERAH, HIASI PERTEMUAN SELANGOR-MELAKA
Selangor terpaksa mengharungi aksi penuh dramatik sebelum memastikan kemenangan 3-2 ke atas Melaka dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi. Skuad kendalian Kim Pan-gon itu hampir tercicir mata selepas berdepan pelbagai dugaan termasuk layangan kad merah, kelebihan dua gol yang terhakis serta sepakan penalti yang sekadar menggegar palang gol. Selangor membuka tirai jaringan menerusi Chrigor Moraes, namun kelebihan itu tidak bertahan lama

Editor
Sep 71 min read


PIALA FA: SABAH DAN SELANGOR TERIKAT 2-2 DALAM AKSI PERTAMA PIALA FA
Sabah FC dan Selangor FC terikat 2-2 dalam aksi pertama Pusingan 16 Piala FA Malaysia 2026/27 di Stadium Likas, malam ini. Beraksi di laman sendiri, skuad The Rhinos terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-33 menerusi Dane Ingham yang menanduk bola ke penjuru gawang Selangor untuk menewaskan penjaga gol Kalamullah Al-Hafiz. Bagaimanapun, kelebihan Sabah tidak bertahan lama apabila Selangor bangkit menyamakan kedudukan hanya seminit kemudian menerusi Kay Tejan, se

Editor
Sep 21 min read


LIGA SUPER: DISIPLIN, KOMITMEN TINGGI RESIPI KEJAYAAN SELANGOR BENAM TERENGGANU 3-0
Disiplin tinggi, komitmen melebihi 100 peratus serta keupayaan memanfaatkan peluang menjadi antara faktor utama kejayaan Selangor FC menundukkan Terengganu FC (TFC) 3-0 dalam aksi kedua Liga Super 2026/2027 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi. Ketua jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, menyifatkan kemenangan itu sebagai hasil kerja keras seluruh pasukan yang berjaya mengekalkan ketenangan serta disiplin ketika berdepan tekanan hebat daripada tuan ruma

Editor
Aug 292 min read


ADIDAS KEMBALI JADI RAKAN KIT RASMI SELANGOR FC MUSIM 2026/27
Jenama pakaian dan kelengkapan sukan global, adidas, mengumumkan kepulangannya sebagai Rakan Kit Rasmi Selangor FC bagi menghadapi musim 2026/27, sekali gus menghidupkan semula kerjasama yang pernah mencipta sejarah dalam arena bola sepak Malaysia. Pengumuman itu dibuat hari ini, dengan para pemain Selangor FC turut dilihat sudah mula mengenakan kit latihan adidas ketika sesi latihan pasukan sebagai simbolik kepada penyatuan semula kedua-dua pihak. Kerjasama yang diperbaharu

Editor
Jul 81 min read


SELANGOR PERKUKUH BENTENG PERTAHANAN DENGAN KEHADIRAN JEFFERSON TABINAS
Selangor FC terus memperkukuh persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2026/2027 apabila mengesahkan kehadiran pemain berdarah campuran Jepun-Filipina-Ghana, Jefferson Tabinas. Pertahanan berusia 28 tahun itu menjadi pemain import pertama yang dibawa masuk Gergasi Merah bagi menghadapi musim baharu, selain muncul sebagai rekrut keempat pasukan selepas perpindahannya diumumkan menerusi semua platform media sosial rasmi kelab pada Rabu. Tabinas menyertai Selangor selepa

Editor
Jul 12 min read


SELANGOR FC PERKUAT SKUAD DENGAN KEHADIRAN SELVAN DAN NOR AZAM
Selangor FC terus memperkukuhkan skuad bagi menghadapi musim 2026/2027 apabila mengumumkan kehadiran dua pemain baharu, A. Selvan dan Nor Azam Azih. Selvan, yang beraksi bersama Negeri Sembilan musim lalu, berjaya menarik perhatian pengurusan Gergasi Merah selepas mempamerkan aksi konsisten dengan merekodkan 29 penampilan sepanjang kempen. Pemain berusia 27 tahun itu dijangka memperkukuhkan jentera serangan Selangor, khususnya di posisi sayap, bagi menambah variasi taktikal p

Editor
Jul 11 min read


SEDEKAD MASA BERLALU, JDT KEKAL DOMINAN, SELANGOR KEKAL BERJANJI
Selangor FC terus menjadi antara pasukan paling berpengaruh dalam sejarah bola sepak Malaysia. Dengan reputasi sebagai kelab paling berjaya dalam era bola sepak tempatan, penyokong Merah Kuning sentiasa meletakkan harapan tinggi agar pasukan kesayangan mereka kembali menguasai arena domestik dan mencabar pencapaian Johor Darul Ta'zim (JDT). Namun selepas sedekad berlalu, persoalan besar mula timbul dalam kalangan penyokong – sejauh mana Selangor benar-benar bergerak ke hadapa

Editor
May 293 min read


LAMA TIDAK BERAKSI DI FINAL PUNCA SELANGOR GAGAL RAIH GELARAN ‘RAJA BOLASEPAK ASEAN’
Rasa gementar beraksi di pentas final pertama Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) menjadi faktor utama yang menjejaskan prestasi Selangor FC (SFC) sehingga gagal menjulang trofi berprestij itu musim ini. Skuad kendalian Kim Pan Gon terpaksa akur muncul naib juara selepas tewas 1-3 secara agregat kepada Buriram United, susulan kekalahan 1-2 pada aksi final kedua di Arena Chang, semalam. Sebelum itu, The Red Giants turut kecundang 0-1 pada aksi final pertama di laman sendiri yang dilih

Editor
May 282 min read


AKUI SELANGOR FC TIDAK BERNASIB BAIK, JADIKAN PENGALAMAN BERHARGA
Penyerang berbisa Faisal Halim mengakui Selangor FC memperoleh pengajaran besar meskipun terpaksa menamatkan kempen Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26 selaku naib juara selepas tewas kepada Buriram United. Menurut Faisal, Selangor sebenarnya memulakan aksi final dengan cukup baik apabila berjaya menguasai permainan pada 25 minit pertama selain mencipta beberapa peluang berbahaya sebelum membuka jaringan pendahuluan. “Selangor telah cuba yang terbaik, 25 minit pe

Editor
May 281 min read


KALAMULLAH AL-HAFIZ DI NOBATKAN PENJAGA GOL TERBAIK SHOPEE CUP 2025/26
Kalamullah Al-Hafiz terus mencuri tumpuan apabila dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik sepanjang kempen ASEAN Club Championship Shopee Cup 2025/26. Pengiktirafan itu hadir selepas penjaga gol berusia 26 tahun tersebut mempamerkan aksi konsisten dan cemerlang di bawah mistar gawang sepanjang kejohanan, termasuk beberapa aksi menyelamat penting yang membantu pasukannya melakar kempen membanggakan di pentas Asia Tenggara. Kejayaan ini sekali gus membuktikan kualiti penjaga gol

Editor
May 271 min read


BURIRAM PERTAHANKAN GELARANJUARA ACC SHOPEE CUP 2026
BURIRAM: Impian Selangor FC untuk melakar sejarah muncul juara Kejohanan Kelab-Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26 tidak kesampaian apabila tewas 1-3 secara agregat kepada Buriram United dalam aksi final kedua di Chang Arena, malam tadi. Walaupun turun dengan misi memburu kemenangan, skuad kendalian Kim Pan-gon terpaksa akur dengan kehebatan juara bertahan Thailand itu selepas tewas 1-2 pada aksi kedua sekali gus menyaksikan Buriram mempertahankan gelaran yang dimenangi mu

Editor
May 272 min read


SHOPEE CUP: SFC BAKAL TEMPANG TANPA DUA TONGGAK IMPORT
Kehilangan dua tonggak import dari Jordan bakal menjadi tamparan besar buat Selangor FC menjelang aksi final kedua ACC Shopee Cup menentang Buriram United di Thailand, Rabu ini. Menurut laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain tengah kreatif Noor Al-Rawabdeh dan pertahanan Mohamad Abualnadi dijangka tidak dapat diturunkan selepas kedua-duanya dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan Jordan bagi persiapan menghadapi 2026 FIFA World Cup bulan depan. Ke

Editor
May 251 min read


SHOPEE CUP: SELANGOR FC SAHKAN KE FINAL
Selangor FC menempah slot ke pentas final Piala Shopee Kejuaraan Kelab Asia (ACC) selepas menundukkan Thep Xanh Nam Dinh FC 2-0 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Thien Truong, sebentar tadi. Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon mara bergaya dengan agregat 4-1 sekali gus mengekang kebangkitan wakil Vietnam berkenaan di hadapan penyokong sendiri. Penyerang import, Chrigor Moraes muncul wira Red Giants apabila meledak dua gol penting untuk memastikan Se

Editor
May 131 min read


SHOPEE CUP: SELANGOR FC HAMPIRI FINAL
Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon mengakui gembira apabila percaturannya mengarahkan Quentin Cheng bergerak ke bahagian tengah berjaya membantu pasukan menewaskan Thep Xanh Nam Dinh FC 2-1 dalam aksi separuh akhir pertama Shopee Cup di Stadium MBPJ. Menurut Pan-gon, peranan Quentin yang asalnya beraksi di posisi bek kanan sengaja diubah bagi mengganggu corak permainan jentera tengah lawan menerusi larian agresif ke kawasan tengah padang. Strategi itu nyata berhasil apabila N

Editor
May 71 min read


ACL2: PERSIB BANDUNG TUNJUK JALAN KELUAR UNTUK SELANGOR
PETALING JAYA, 6 Nov — Harapan Selangor FC untuk meneruskan cabaran dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) berkecai selepas tewas 2-3 kepada wakil Indonesia, Persib Bandung , dalam aksi Kumpulan G di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi. Pasukan tuan rumah bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi Chrigor Moraes yang menolak masuk hantaran lintang Alvin Fortes untuk mendahului 1-0. Selang 14 minit kemudian, tekanan b

Editor
Nov 6, 20251 min read


SELANGOR REHATKAN KATSUHITO KINOSHI, CRISTOPHE GAMEL AMBIL ALIH SEMENTARA
Selangor FC mengesahkan bahawa ketua jurulatih mereka, Katsuhito Kinoshi , direhatkan daripada tugasan bersama skuad utama berkuat kuasa...

Editor
Sep 26, 20251 min read


LIGA SUPER: SELANGOR BERPESTA GOL, BENAM TERENGGANU 5-2
PETALING JAYA: Selangor FC akhirnya bangkit dengan penuh bergaya apabila menundukkan Terengganu FC 5-2 dalam aksi penuh dramatik minggu...

Editor
Aug 28, 20252 min read


LIGA SUPER: SELANGOR MAKAN BESAR, BENAM DPMM 3-0
NAIB juara musim lalu Selangor FC memulakan kempen Liga Super 2025/26 di laman sendiri dengan penuh bergaya apabila menundukkan DPMM FC...

Editor
Aug 13, 20251 min read
bottom of page

