top of page

SHOPEE CUP: SELANGOR FC HAMPIRI FINAL

  • Writer: Editor
    Editor
  • May 7
  • 1 min read

Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon mengakui gembira apabila percaturannya mengarahkan Quentin Cheng bergerak ke bahagian tengah berjaya membantu pasukan menewaskan Thep Xanh Nam Dinh FC 2-1 dalam aksi separuh akhir pertama Shopee Cup di Stadium MBPJ.

Menurut Pan-gon, peranan Quentin yang asalnya beraksi di posisi bek kanan sengaja diubah bagi mengganggu corak permainan jentera tengah lawan menerusi larian agresif ke kawasan tengah padang.


Strategi itu nyata berhasil apabila Nam Dinh bergelut mengawal pergerakan pemain pertahanan Harimau Malaya berkenaan, sekali gus membuka ruang buat Selangor mencipta peluang serangan.


Dua gol Merah Kuning dijaringkan penyerang import, Chrigor Moraes, manakala pelawat merapatkan kedudukan menerusi Nguyen Van Vi.

“Ya, memang benar. Semuanya telah dirancang dan para pemain mengikut arahan kami.

“Ia sangat bagus untuk dilihat. Sebagai satu pasukan, kami bermain sebagai satu pasukan. Kami memiliki pemain individu yang bagus. Ia keputusan yang sangat baik,” kata Pan-gon dalam sidang media selepas perlawanan.


Kemenangan itu memberikan Selangor kelebihan satu gol menjelang aksi timbal balik di Vietnam pada 13 Mei nanti.


Bagaimanapun, Nam Dinh masih mempunyai peluang untuk mara ke final jika berjaya mengatasi agregat Selangor di laman sendiri dengan sokongan penyokong mereka nanti.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page