top of page
News


JDT BUKA TIRAI RAHSIA KEJAYAAN MENERUSI DOKUMENTARI UNTAMED
ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperluas pengaruhnya di luar padang menerusi pelancaran filem dokumentari UNTAMED, yang membongkar perjalanan 13 tahun Harimau Selatan membina empayar bola sepak dengan koleksi 35 trofi. Dokumentari berdurasi 76 minit itu mengetengahkan perspektif peribadi Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail, mengenai visi, strategi dan cabaran dalam membangunkan kelab itu sehingga muncul sebagai antara kuasa ut

Editor
5 days ago2 min read


ACLE: MAGIS TUJUH MINIT BERGSON, MENGGANAS SEBAGAI PEMAIN GANTIAN
ISKANDAR PUTERI, 28 Oktober – Dua pemain gantian Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva dan Stoichkov, mencuri tumpuan apabila masing-masing meledak gol untuk membantu Harimau Selatan menewaskan kelab Thailand, Port FC, 3-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. Bagaimanapun, kegembiraan JDT menyaksikan Bergson menambah jaringan buat pasukan bertukar kebimbangan apabila penyerang itu terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan selep

Editor
5 days ago1 min read


ACLE: JDT TUNJUK TARING BENAM PORT FC 3-0, LONJAK KE TANGGA KEDUA LIGA
Jaringan babak kedua Jonathan Silva, Bergson Da Silva dan Stoichkov memastikan Harimau Selatan meneruskan rentak kemenangan serta melebarkan rekod tanpa kalah di pentas Asia. Johor Darul Ta'zim (JDT) mempamerkan taring sebenar menerusi ledakan tiga gol pada babak kedua untuk membenam wakil Thailand, Port FC, 3-0 dalam aksi ketiga Zon Timur Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) 2026-27 di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini. Kemenangan kedua berturut-turut di hadapan 19,174 penyokong

Editor
5 days ago2 min read


ACLE: XISCO TIDAK GENTAR TANPA EDDY ISRAFILOV, JDT SASAR TIGA MATA
Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz, yakin barisan pemainnya mampu memberikan aksi terbaik meskipun terpaksa beraksi tanpa khidmat tonggak tengah, Eddy Israfilov, yang digantung dua perlawanan susulan layangan kad merah. JDT bakal memburu kemenangan kedua dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila melayan kunjungan wakil Thailand, Port FC, di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), esok. Munoz mengakui kepentingan aksi itu dalam usaha Harimau Selatan meneruskan

Editor
7 days ago1 min read


YOUNG TIGERS JUARA SULTAN OF JOHOR CUP 2026
JOHOR BAHRU: Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan, Young Tigers, muncul juara Piala Sultan Johor (SOJC) 2026 selepas menewaskan Pakistan menerusi penentuan shoot-out dalam aksi final mendebarkan yang berakhir 2-2 selepas masa permainan sebenar di Stadium Hoki Johor, hari ini. Pakistan terlebih dahulu menguasai permainan apabila Rana Waleed menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-19 sebelum Usman Muhammad menggandakan kelebihan menerusi gol padang empat minit kemudia

Editor
Oct 251 min read


JDT MENANGI DUA PERLAWANAN RASMI DALAM TEMPOH KURANG 24 JAM
Harimau Selatan mencipta satu pencapaian luar biasa apabila berjaya memenangi dua perlawanan rasmi dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Focus dan konsistensi JDT tidak pernah luntur walaupun mengharungi jadual yang padat. Pada 8 Oktober, JDT menampilkan aksi bertenaga di pentas ASEAN apabila membelasah PKR Svay Rieng FC dengan kemenangan 6-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. Keputusan bergaya di dalam kempen Piala Shopee 2026/27 dengan rekod tanpa bolos itu pastinya

Editor
Oct 91 min read


SHOPEE CUP: JDT MENGAMUK BELASAH PKR, BINTANG MUDA JDT CURI TUMPUAN
Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2026/2027 dengan langkah kanan apabila membelasah wakil Kemboja, PKR Svay Rieng FC, 6-0 pada aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam tadi. Kemenangan bergaya itu menyaksikan skuad Harimau Selatan kendalian Xisco Muñoz mempamerkan penguasaan permainan yang meyakinkan, terutama pada babak kedua apabila lima gol berjaya dihasilkan untuk melengkapkan pesta jaringan di hadap

Saluddin Ismail
Oct 92 min read


PIALA ASEAN FIFA: BERGSON WARNAI DEBUT DENGAN GOL, HARIMAU MALAYA BENAM BANGLADESH 3-0
Debut penyerang naturalisasi, Bergson da Silva, bersama Harimau Malaya berlangsung sempurna apabila dia turut mencetak gol ketika Malaysia membuka kempen Kumpulan A Piala ASEAN FIFA 2026 dengan kemenangan 3-0 ke atas Bangladesh di Stadium Gelora Bung Karno, di sini, malam tadi. Bergson, 35, yang membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan, melengkapkan malam gemilang Malaysia apabila meledak gol ketiga pada minit ke-58, sekali gus membantu Harimau Malaya memulakan sain

Editor
Sep 261 min read


JDT LANCAR JDT+, PLATFORM PREMIUM KHAS UNTUK PENYOKONG HARIMAU SELATAN
Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, platform kandungan premium berasaskan langganan yang memberi peluang kepada penyokong menyelami lebih dekat kehidupan, perjalanan dan aktiviti Harimau Selatan di sebalik tabir. Menurut hantaran Johor Southern Tigers, kandungan premium sulung platform itu ialah Untamed, sebuah dokumentari berdurasi 76 minit yang akan ditayangkan secara eksklusif menerusi JDT+ pada 22 Oktober 2026. Platform berkenaan turut dijangka menampilkan pelbagai

Editor
Sep 231 min read


PIALA ASEAN FIFA: BARISAN TERBAIK HARIMAU MALAYA, BURU TIKET KE FINAL
Di atas kertas, jurulatih sementara Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, memiliki ramuan yang cukup untuk membawa skuad negara mencatat prestasi terbaik dalam edisi sulung Piala ASEAN FIFA. Sasaran awal barisan kendalian Cheng Hoe adalah mara sekurang-kurangnya ke final, namun langkah pertama yang perlu diselesaikan ialah muncul juara Kumpulan A bagi mengesahkan tempat ke separuh akhir. Lebih daripada sekadar misi bersama pasukan, kejohanan ini turut membawa kepentingan peribadi bu

Editor
Sep 222 min read


PIALA ASEAN FIFA: BERGSON ANGGAP DEBUT HARIMAU MALAYA SEBAGAI DETIK ISTIMEWA
Penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Bergson da Silva, menyifatkan pemanggilan pertamanya ke skuad kebangsaan sebagai detik yang sukar dilupakan, selepas lebih lima tahun beraksi dalam kancah bola sepak Malaysia. Pemain berusia 35 tahun itu berkata peluang menyarung jersi negara hadir seperti sebuah mimpi, apatah lagi selepas sekian lama membina kerjaya di Malaysia dan mencipta nama sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super. "Berada di sini satu perasaan yang b

Editor
Sep 222 min read


PIALA FA: JDT BENAM PENANG 7-2, BAWA BEKALAN SELESA UNTUK AKSI KEDUA DI SSI
Johor Darul Ta’zim (JDT) berada pada landasan kukuh untuk melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas membelasah Penang FC 7-2 dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Bandaraya, di sini, petang tadi. Kemenangan bergaya itu memberikan Harimau Selatan kelebihan lima gol menjelang aksi timbal balik di Iskandar Puteri pada 9 Oktober depan, meskipun tuan rumah berjaya dua kali merobek gawang JDT. JDT membuka tirai jaringan pada minit ke-16 menerusi Bergson da Silva yang menyudahk

Editor
Sep 202 min read


ACLE: AKSI SENGIT DAN PENYUDAH YANG TUMPUL, JDT AKUR BERKONGSI MATA
Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Buriram United terpaksa berkongsi mata selepas terikat 1-1 dalam aksi pembukaan saingan AFC Champions League Elite (ACLE) 2026/27 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. Pertembungan dua kuasa bola sepak Asia Tenggara itu berlangsung sengit sejak awal permainan, dengan kedua-dua pasukan tampil agresif dalam usaha mendapatkan permulaan positif di pentas elit Asia. JDT terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-25 menerusi Oscar Aribas, sek

Editor
Sep 162 min read


ACLE: JDT PERLU BERWASPADA, BISSOLI SENJATA UTAMA BURIRAM - XISCO MUNOZ
Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Muñoz, menggesa anak buahnya supaya memberikan perhatian khusus terhadap penyerang Buriram United, Guilherme Bissoli, menjelang aksi pembukaan Liga Juara-Juara Elit AFC (ACLE) 2026-27, esok. Kebimbangan pengendali kelahiran Sepanyol itu terhadap kemampuan Bissoli bukan tanpa alasan apabila penyerang kelahiran São Paulo, Brazil berusia 28 tahun itu pernah menghukum JDT dengan dua jaringan ketika Buriram United menewaskan Harimau Selata

Editor
Sep 142 min read


LIGA A1: UM-DAMANSARA MALUKAN JDT II, CATAT KEMENANGAN 2-1 DI LARKIN
UM-Damansara United mencipta kejutan apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan JDT II, 2-1 dalam aksi Liga A1 Semi-Pro 2026/27 di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin, malam tadi. JDT II yang terlebih dahulu berada di depan menerusi Syukur Fariz pada minit ke-21, sebelum UM-Damansara United bangkit pada babak kedua untuk mengubah keputusan. JDT II, yang tampil dengan rekod sempurna selepas dua perlawanan awal musim, bermula dengan penuh keyakinan dan be

Editor
Sep 141 min read


DERBY LIGA SUPER: DPMM CURI TIGA MATA, SABAH FC TEWAS KALI KEDUA DI LIKAS
Sabah FC sekali lagi gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 1-2 kepada DPMM FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, malam ini. Kekalahan itu menyaksikan skuad Sang Badak menanggung kekecewaan kedua di gelanggang sendiri pada awal saingan Liga Super musim ini, sekali gus memberi isyarat bahawa mereka masih perlu memperkemaskan prestasi ketika beraksi di hadapan penyokong sendiri. DPMM tampil lebih agresif sejak awal permainan dan usaha mereka me

Editor
Sep 142 min read


DERBY LIGA SUPER: SELANGOR TAMPIL GAGAH, TEWASKAN KL CITY 3-0
Selangor FC meneruskan momentum cemerlang dalam saingan Liga Super Malaysia apabila tampil dominan untuk menundukkan Kuala Lumpur (KL) City FC 3-0 dalam aksi derby Lembah Klang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi. Kemenangan itu bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Gergasi Merah dalam persaingan liga, malah melanjutkan rentetan kemenangan mereka kepada empat perlawanan berturut-turut. Sejak wisel permulaan dibunyikan, Selangor memperlihatkan corak perma

Editor
Sep 141 min read


HARIMAU MALAYA: FIFA SAHKAN BERGSON, BRAD TAPP LAYAK WAKILI MALAYSIA
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan status kelayakan dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva dan Brad Tapp, untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pengesahan itu diterima selepas FIFA selesai menjalankan semakan terhadap status kedua-dua pemain berkenaan berdasarkan peraturan serta peruntukan yang ditetapkan badan induk bola sepak dunia itu. Pengesahan tersebut se

Editor
Sep 131 min read


LIGA SUPER: PENANG FC RAIH KEMENANGAN PERTAMA, GOL LEWAT STEFANO BENAM KELANTAN 3-2
Penang FC akhirnya menamatkan penantian untuk meraih kemenangan pertama dalam Liga Super musim 2026/27 selepas menundukkan Kelantan Red Warriors FC (KRW) 3-2 dalam aksi dramatik di Stadium Bandaraya, di sini, petang tadi. Kapten Penang FC, Stefano Brundo, muncul wira pasukan tuan rumah apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan, sekali gus memastikan tiga mata penuh menjadi milik skuad Harimau Kumbang. Penang bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit

Editor
Sep 132 min read


DERBY SELATAN: JDT BENAM NEGERI SEMBILAN 3-0, KEKAL DI PUNCAK LIGA
Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan penguasaan dalam saingan Unifi Liga Super Malaysia 2026/27 apabila menundukkan Negeri Sembilan FC 3-0 dalam aksi Derby Selatan di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. Kemenangan itu bukan sahaja membolehkan skuad Harimau Selatan mengutip tiga mata penuh, malah memastikan anak buah Xisco Muñoz terus menghuni tangga teratas liga selepas mempamerkan persembahan yang kemas serta berkesan sepanjang perlawanan. JDT tidak mengambil masa lama untuk

Editor
Sep 112 min read
bottom of page

