top of page
News


JDT BUKA TIRAI RAHSIA KEJAYAAN MENERUSI DOKUMENTARI UNTAMED
ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperluas pengaruhnya di luar padang menerusi pelancaran filem dokumentari UNTAMED, yang membongkar perjalanan 13 tahun Harimau Selatan membina empayar bola sepak dengan koleksi 35 trofi. Dokumentari berdurasi 76 minit itu mengetengahkan perspektif peribadi Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail, mengenai visi, strategi dan cabaran dalam membangunkan kelab itu sehingga muncul sebagai antara kuasa ut

Editor
5 days ago2 min read


ACLE: MAGIS TUJUH MINIT BERGSON, MENGGANAS SEBAGAI PEMAIN GANTIAN
ISKANDAR PUTERI, 28 Oktober – Dua pemain gantian Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva dan Stoichkov, mencuri tumpuan apabila masing-masing meledak gol untuk membantu Harimau Selatan menewaskan kelab Thailand, Port FC, 3-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. Bagaimanapun, kegembiraan JDT menyaksikan Bergson menambah jaringan buat pasukan bertukar kebimbangan apabila penyerang itu terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan selep

Editor
5 days ago1 min read


ACLE: JDT TUNJUK TARING BENAM PORT FC 3-0, LONJAK KE TANGGA KEDUA LIGA
Jaringan babak kedua Jonathan Silva, Bergson Da Silva dan Stoichkov memastikan Harimau Selatan meneruskan rentak kemenangan serta melebarkan rekod tanpa kalah di pentas Asia. Johor Darul Ta'zim (JDT) mempamerkan taring sebenar menerusi ledakan tiga gol pada babak kedua untuk membenam wakil Thailand, Port FC, 3-0 dalam aksi ketiga Zon Timur Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) 2026-27 di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini. Kemenangan kedua berturut-turut di hadapan 19,174 penyokong

Editor
5 days ago2 min read


ACLE: XISCO TIDAK GENTAR TANPA EDDY ISRAFILOV, JDT SASAR TIGA MATA
Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz, yakin barisan pemainnya mampu memberikan aksi terbaik meskipun terpaksa beraksi tanpa khidmat tonggak tengah, Eddy Israfilov, yang digantung dua perlawanan susulan layangan kad merah. JDT bakal memburu kemenangan kedua dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila melayan kunjungan wakil Thailand, Port FC, di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), esok. Munoz mengakui kepentingan aksi itu dalam usaha Harimau Selatan meneruskan

Editor
7 days ago1 min read


JDT MENANGI DUA PERLAWANAN RASMI DALAM TEMPOH KURANG 24 JAM
Harimau Selatan mencipta satu pencapaian luar biasa apabila berjaya memenangi dua perlawanan rasmi dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Focus dan konsistensi JDT tidak pernah luntur walaupun mengharungi jadual yang padat. Pada 8 Oktober, JDT menampilkan aksi bertenaga di pentas ASEAN apabila membelasah PKR Svay Rieng FC dengan kemenangan 6-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. Keputusan bergaya di dalam kempen Piala Shopee 2026/27 dengan rekod tanpa bolos itu pastinya

Editor
Oct 91 min read


JDT LANCAR JDT+, PLATFORM PREMIUM KHAS UNTUK PENYOKONG HARIMAU SELATAN
Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, platform kandungan premium berasaskan langganan yang memberi peluang kepada penyokong menyelami lebih dekat kehidupan, perjalanan dan aktiviti Harimau Selatan di sebalik tabir. Menurut hantaran Johor Southern Tigers, kandungan premium sulung platform itu ialah Untamed, sebuah dokumentari berdurasi 76 minit yang akan ditayangkan secara eksklusif menerusi JDT+ pada 22 Oktober 2026. Platform berkenaan turut dijangka menampilkan pelbagai

Editor
Sep 231 min read


PIALA FA: JDT BENAM PENANG 7-2, BAWA BEKALAN SELESA UNTUK AKSI KEDUA DI SSI
Johor Darul Ta’zim (JDT) berada pada landasan kukuh untuk melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas membelasah Penang FC 7-2 dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Bandaraya, di sini, petang tadi. Kemenangan bergaya itu memberikan Harimau Selatan kelebihan lima gol menjelang aksi timbal balik di Iskandar Puteri pada 9 Oktober depan, meskipun tuan rumah berjaya dua kali merobek gawang JDT. JDT membuka tirai jaringan pada minit ke-16 menerusi Bergson da Silva yang menyudahk

Editor
Sep 202 min read


ACLE: AKSI SENGIT DAN PENYUDAH YANG TUMPUL, JDT AKUR BERKONGSI MATA
Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Buriram United terpaksa berkongsi mata selepas terikat 1-1 dalam aksi pembukaan saingan AFC Champions League Elite (ACLE) 2026/27 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. Pertembungan dua kuasa bola sepak Asia Tenggara itu berlangsung sengit sejak awal permainan, dengan kedua-dua pasukan tampil agresif dalam usaha mendapatkan permulaan positif di pentas elit Asia. JDT terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-25 menerusi Oscar Aribas, sek

Editor
Sep 162 min read


ACLE: JDT PERLU BERWASPADA, BISSOLI SENJATA UTAMA BURIRAM - XISCO MUNOZ
Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Muñoz, menggesa anak buahnya supaya memberikan perhatian khusus terhadap penyerang Buriram United, Guilherme Bissoli, menjelang aksi pembukaan Liga Juara-Juara Elit AFC (ACLE) 2026-27, esok. Kebimbangan pengendali kelahiran Sepanyol itu terhadap kemampuan Bissoli bukan tanpa alasan apabila penyerang kelahiran São Paulo, Brazil berusia 28 tahun itu pernah menghukum JDT dengan dua jaringan ketika Buriram United menewaskan Harimau Selata

Editor
Sep 142 min read


DERBY SELATAN: JDT BENAM NEGERI SEMBILAN 3-0, KEKAL DI PUNCAK LIGA
Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan penguasaan dalam saingan Unifi Liga Super Malaysia 2026/27 apabila menundukkan Negeri Sembilan FC 3-0 dalam aksi Derby Selatan di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. Kemenangan itu bukan sahaja membolehkan skuad Harimau Selatan mengutip tiga mata penuh, malah memastikan anak buah Xisco Muñoz terus menghuni tangga teratas liga selepas mempamerkan persembahan yang kemas serta berkesan sepanjang perlawanan. JDT tidak mengambil masa lama untuk

Editor
Sep 112 min read


DANIESH CEMERLANG DALAM DEBUT SULUNG, DUA JARINGAN YANG SEMPURNA
Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Daniesh Amirruddin, mencuri tumpuan apabila mencipta penampilan sulung bersama skuad utama dengan aksi cemerlang dalam perlawanan kedua pusingan 16 Piala FA 2026/2027 menentang UM Damansara, malam tadi. Pemain yang muncul penjaring terbanyak JDT III dalam saingan Piala Presiden 2026 itu diberikan kepercayaan oleh ketua jurulatih dari Sepanyol, Xisco Muñoz, untuk berada dalam senarai pemain simpanan sebelum dimasukkan pada awal babak kedu

Editor
Sep 91 min read


PIALA FA: JDT BENAM UM DAMANSARA 10-0, MARA KE PUSINGAN SUKU AKHIR
Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan kemaraan dalam saingan Piala FA Malaysia 2026/27 selepas membelasah UM Damansara United 10-0 pada aksi timbal balik pusingan 16, sekali gus melengkapkan kemenangan agregat 14-1. Beraksi di laman sendiri, skuad Harimau Selatan tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Eddy Israfilov meletakkan JDT di depan seawal minit kelima. Juan Stoichkov kemudian menggandakan kelebihan tuan rumah pada minit ke-22 sebelum Stuart Wilkin menc

Editor
Sep 91 min read


LIGA SUPER: BERGSON LEDAK DUA GOL, JDT TUNDUKKAN DPMM FC 3-0
Dua jaringan Bergson da Silva membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) menundukkan DPMM FC 3-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, semalam, sekali gus mengukuhkan kedudukan Harimau Selatan di persada liga. Kemenangan itu turut menyaksikan JDT meneruskan rentak positif dengan mencatat kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan liga. Bergson membuka tirai jaringan pada minit ke-36 selepas menyudahkan peluang yang terhidang dalam situasi yang pada awalnya mencetuskan

Editor
Sep 51 min read


LIGA SUPER: JEREBU, DPMM FC PINDAH VENUE UNTUK AKSI MENENTANG JDT BERLANGSUNG DI STADIUM SULTAN IBRAHIM
Kelab Brunei, DPMM FC, terpaksa menukar venue bagi aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dijadualkan berlangsung Jumaat ini susulan keadaan jerebu yang berterusan di Bandar Seri Begawan. Menerusi pengumuman terbaharu kelab itu, perlawanan berkenaan akan dipindahkan ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor, sekali gus menyaksikan DPMM FC beraksi di gelanggang lawan. Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira aspek kesihatan dan keselamatan semu

Editor
Sep 21 min read


PIALA FA: JDT BAWA BEKALAN SELESA, TEWASKAN UM DAMANSARA 4-1
Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa bekalan selesa menjelang aksi kedua pusingan 16 Piala FA Malaysia 2026 selepas menundukkan UM Damansara United 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini. Skuad kendalian Xisco Muñoz tampil garang sejak awal permainan apabila Jairo membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi sepakan penalti. JDT kemudian terus menguasai permainan sebelum pemain baharu, Dani Bolt, menambah jaringan untuk meletakkan skuad Harimau Selatan dalam kedudukan le

Editor
Sep 11 min read


JDT CIPTA REKOD DUNIA, 111 PERLAWANAN LIGA TANPA KALAH
Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan status sebagai kuasa bola sepak utama Malaysia apabila mencipta rekod dunia bagi perlawanan tanpa kalah terpanjang dalam saingan liga. Berdasarkan poster rasmi JDT, Southern Tigers kini mencatat 111 perlawanan liga tanpa kalah setakat 29 Ogos 2026, satu pencapaian luar biasa yang menggambarkan konsistensi pasukan di peringkat domestik. Rekod tersebut bermula sejak April 2021. JDT terlebih dahulu menyamai rekod 108 perlawanan tanpa ka

Editor
Aug 301 min read


LIGA SUPER: JDT PESTA GOL, BENAM STAR CITY 7-0 DI STADIUM SULTAN IBRAHIM
Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super apabila membelasah Star City 7-0 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. Kemenangan bergaya itu menyaksikan skuad Harimau Selatan sekali lagi berpesta jaringan selepas menewaskan Kelantan Red Warriors pada Rabu lalu, dengan penyerang naturalisasi negara, Bergson Da Silva, menjadi watak utama menerusi jaringan hatrik. Ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz, mempertaruhkan gandingan Bergson dan Sha

Editor
Aug 301 min read


LIGA SUPER: SHAHAB ZAHEDI CIPTA HATRIK, JDT PESTA GOL 9-0
Tidak perlu menunggu lama untuk mencipta impak, penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Shahab Zahedi muncul pemain pertama meledak hatrik dalam saingan Liga Super 2026/27 selepas membantu skuad Harimau Selatan membelasah Kelantan Red Warrior (KRW) 9-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam tadi. Penyerang kebangsaan Iran itu hanya memerlukan 80 saat untuk membuka tirai jaringan JDT sebelum sekali lagi mencuri tumpuan apabila bergandingan dengan kapten, Arif Aiman Hanapi, bagi me

Editor
Aug 271 min read


LIGA SUPER: JDT PESTA GOL, SHAHAB ZAHEDI LEDAK EMPAT JARINGAN TEWASKAN KRW 9-0
Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super 2026/27 apabila membelasah Kelantan Red Warrior (KRW) 9-0 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini, malam tadi. Kemenangan itu menyaksikan Harimau Selatan meraih kemenangan kedua musim ini menerusi persembahan cukup dominan, dengan tiga gol dihasilkan pada babak pertama sebelum enam lagi jaringan diledakkan selepas rehat. Penyerang baharu JDT, Shahab Zahedi, menjadi watak utama kemenangan

Editor
Aug 271 min read


JDT CIPTA SEJARAH DUNIA, PECAH REKOD 109 PERLAWANAN LIGA TANPA KALAH
ISKANDAR PUTERI, 21 Ogos — Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar satu lagi sejarah gemilang apabila mencipta rekod dunia baharu dengan merekodkan 109 perlawanan liga tanpa kekalahan, selepas menewaskan Kuching City FC 3-0 dalam aksi pembukaan Liga Super Malaysia 2026/2027, malam ini. Kemenangan di Stadium Sultan Ibrahim itu cukup bermakna buat Harimau Selatan kerana ia membolehkan JDT melepasi rekod 108 perlawanan tanpa kalah yang sebelum ini dikongsi bersama kelab Ivory Coast, AS

Editor
Aug 222 min read
bottom of page

