top of page
News


DANIESH CEMERLANG DALAM DEBUT SULUNG, DUA JARINGAN YANG SEMPURNA
Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Daniesh Amirruddin, mencuri tumpuan apabila mencipta penampilan sulung bersama skuad utama dengan aksi cemerlang dalam perlawanan kedua pusingan 16 Piala FA 2026/2027 menentang UM Damansara, malam tadi. Pemain yang muncul penjaring terbanyak JDT III dalam saingan Piala Presiden 2026 itu diberikan kepercayaan oleh ketua jurulatih dari Sepanyol, Xisco Muñoz, untuk berada dalam senarai pemain simpanan sebelum dimasukkan pada awal babak kedu

Editor
Sep 91 min read


LIGA SUPER: JDT PESTA GOL, BENAM STAR CITY 7-0 DI STADIUM SULTAN IBRAHIM
Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super apabila membelasah Star City 7-0 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. Kemenangan bergaya itu menyaksikan skuad Harimau Selatan sekali lagi berpesta jaringan selepas menewaskan Kelantan Red Warriors pada Rabu lalu, dengan penyerang naturalisasi negara, Bergson Da Silva, menjadi watak utama menerusi jaringan hatrik. Ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz, mempertaruhkan gandingan Bergson dan Sha

Editor
Aug 301 min read


PIALA FA: UM-DAMANSARA UNITED PINDAH AKSI PERTAMA MENENTANG JDT KE SSI
UM-Damansara United mengesahkan aksi pusingan 16 Piala FA 2026-2027 menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), pada 1 September ini akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri. Perlawanan berkenaan pada asalnya dijadualkan berlangsung di Stadium UM Arena sebagai aksi pertama sebelum kedua-dua pasukan bertemu semula pada aksi timbal balik, tujuh hari kemudian. Bagaimanapun, venue perlawanan pertama terpaksa dipindahkan berikutan Stadium UM Arena

Editor
Aug 292 min read


LIGA SUPER: DISIPLIN, KOMITMEN TINGGI RESIPI KEJAYAAN SELANGOR BENAM TERENGGANU 3-0
Disiplin tinggi, komitmen melebihi 100 peratus serta keupayaan memanfaatkan peluang menjadi antara faktor utama kejayaan Selangor FC menundukkan Terengganu FC (TFC) 3-0 dalam aksi kedua Liga Super 2026/2027 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi. Ketua jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, menyifatkan kemenangan itu sebagai hasil kerja keras seluruh pasukan yang berjaya mengekalkan ketenangan serta disiplin ketika berdepan tekanan hebat daripada tuan ruma

Editor
Aug 292 min read


SABAH FC TUNDUKKAN PENANG 2-0, RAIH KEMENANGAN KEDUA LIGA SUPER
Sabah FC meneruskan permulaan positif dalam saingan Liga Super 2026/2027 apabila menewaskan Penang FC 2-0 pada aksi di Stadium Likas, malam tadi. Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Juan Torres Garrido mengumpul enam mata daripada dua perlawanan selepas sebelum ini menewaskan Star City FC 3-1 dalam aksi pembukaan musim. Beraksi dalam keadaan hujan yang menyebabkan padang basah, kedua-dua pasukan mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan permainan. S

Editor
Aug 292 min read


LIGA A1: JDT II BUKA KEMPEN DENGAN PESTA GOL, BELASAH USM 5-0
Johor Darul Ta'zim (JDT) II membuka kempen Liga A1 2026-27 dengan langkah bergaya apabila membelasah USM FC 5-0 pada aksi pembukaan di Stadium Larkin, malam tadi. Beraksi di laman sendiri, skuad Harimau Selatan itu tampil dominan dengan menampilkan beberapa tonggak utama termasuk Miguel Cuesta dan Celso Bermejo yang menjadi antara watak penting dalam kemenangan besar berkenaan. USM FC pula mempertaruhkan Hazrull Hafiz sebagai benteng terakhir dengan Danial Hakim antara pemain

Editor
Aug 291 min read


LIGA SUPER: JURANG KUALITI DAN PENGALAMAN PUNCA KRW TEWAS BESAR KEPADA JDT
Kekurangan dari segi kualiti dan pengalaman pemain menjadi antara faktor utama Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) tewas besar kepada Johor Darul Ta’zim (JDT FC) dalam aksi Liga Super, malam tadi. Ketua jurulatih KRW FC, Irfan Bakti mengakui jurang antara kedua-dua pasukan amat ketara, terutama dari segi kedalaman skuad yang dimiliki selepas pasukannya kini hanya mempunyai 18 pemain untuk diturunkan. Menurut beliau, situasi itu bertambah sukar apabila dua lagi pemain utama menga

Editor
Aug 272 min read


LIGA SUPER: KL CITY BEBAS SEKATAN FIFA, RM1.1 JUTA SELESAI TUNGGAKAN GAJI
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) kini bebas daripada sekatan perpindahan yang dikenakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), sekali gus membuka laluan buat pasukan itu mendaftarkan pemain baharu bagi menghadapi saingan Liga Super 2026/27. Perkara itu disahkan pengendali KL City, Datuk Dollah Salleh, yang memaklumkan sekatan berkenaan sudah ditarik balik selepas isu tunggakan yang menjadi punca penggantungan diselesaikan. “Yang penting kita sudah dapat berita mengenai

Editor
Aug 272 min read


LIGA SUPER: SABAH FC SASAR KEMENANGAN KEDUA, JUAN TORRES MAHU KEKALKAN MOMENTUM POSITIF
Sabah FC mengintai kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Super 2026–2027 apabila dijadual menerima kunjungan Penang FC di Stadium Likas, Jumaat ini. Kemenangan 3–1 ke atas Star City FC pada aksi pembukaan musim menyuntik keyakinan buat skuad kendalian Juan Torres Garrido, namun pengendali dari Sepanyol itu enggan anak buahnya terlalu selesa dengan permulaan positif berkenaan. Torres sebaliknya mahu Sabah mengekalkan intensiti, disiplin dan keberanian ketika berde

Editor
Aug 272 min read


LIGA SUPER: SHAHAB ZAHEDI CIPTA HATRIK, JDT PESTA GOL 9-0
Tidak perlu menunggu lama untuk mencipta impak, penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Shahab Zahedi muncul pemain pertama meledak hatrik dalam saingan Liga Super 2026/27 selepas membantu skuad Harimau Selatan membelasah Kelantan Red Warrior (KRW) 9-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam tadi. Penyerang kebangsaan Iran itu hanya memerlukan 80 saat untuk membuka tirai jaringan JDT sebelum sekali lagi mencuri tumpuan apabila bergandingan dengan kapten, Arif Aiman Hanapi, bagi me

Editor
Aug 271 min read


LIGA SUPER: KUCHING CITY BANTAI KL CITY 6-0, ETAME LEDAK EMPAT GOL
Kuching City FC meraih tiga mata pertama dalam saingan Liga Super 2026/2027 selepas membelasah Kuala Lumpur City FC (KL City) 6-0 pada aksi di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi. Penyerang The Cats, Jerome Mpacko Etame, muncul wira pasukan apabila meledak empat gol, manakala Ajdin Mujagic turut mencetak dua jaringan untuk melengkapkan kemenangan besar pasukan dari Sarawak itu. Kemenangan berkenaan turut menyaksikan Kuching City bangkit selepas tewas dalam aksi pembukaan

Editor
Aug 272 min read


LIGA SUPER: JDT PESTA GOL, SHAHAB ZAHEDI LEDAK EMPAT JARINGAN TEWASKAN KRW 9-0
Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super 2026/27 apabila membelasah Kelantan Red Warrior (KRW) 9-0 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini, malam tadi. Kemenangan itu menyaksikan Harimau Selatan meraih kemenangan kedua musim ini menerusi persembahan cukup dominan, dengan tiga gol dihasilkan pada babak pertama sebelum enam lagi jaringan diledakkan selepas rehat. Penyerang baharu JDT, Shahab Zahedi, menjadi watak utama kemenangan

Editor
Aug 271 min read


ARIF AIMAN SARUNG JERSI NOMBOR 10, ISYARAT ERA BAHARU BINTANG JDT
Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi tampil dengan kelainan apabila mengenakan jersi nombor 10 buat pertama kali dalam aksi persahabatan menentang Chelsea di Stadium Sultan Ibrahim, pada ahad.. Lebih menarik, pemain berusia 24 tahun itu turut diberi kepercayaan menyarung lilitan kapten Harimau Selatan bagi pertemuan berprestij berkenaan, sekali gus mencuri perhatian penyokong kedua-dua pasukan. Perubahan itu dapat dilihat menerus kesebelasan utama JDT yang

Editor
Aug 111 min read


AKSI PERSAHABATAN PENUH DRAMATIK,JDT CIPTA KEPUTUSAN SERI BERTEMU CHELSEA
Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta kejutan apabila mengekang gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea, dalam aksi penuh dramatik yang berakhir dengan keputusan seri 3-3 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), hari ini. Chelsea yang hadir dengan reputasi besar dan momentum positif dalam siri jelajah Asia mereka bagaimanapun gagal meneruskan rentak kemenangan apabila terpaksa berkongsi mata dengan juara Liga Super Malaysia itu. Sejak wisel permulaan, skuad kendalian Chelsea tampil agresi

Editor
Aug 102 min read


ASEAN HYUNDAI CUP: PAVITHRAN LEDAK GOL, HARIMAU MALAYA TEMPAH TIKET SEPARUH AKHIR
Malaysia mengesahkan kemaraan ke separuh akhir ASEAN Hyundai Cup selepas menewaskan Filipina 1-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi. Kemenangan itu membolehkan Harimau Malaya menamatkan saingan kumpulan di kedudukan naib juara, manakala Thailand muncul juara Kumpulan B selepas turut mencatat kemenangan ke atas Myanmar. Skuad kendalian interim, Tan Cheng Hoe, turun dengan misi wajib menang bagi memastikan tiket ke separuh akhir

Editor
Aug 92 min read


FAM: KEMPEN FIFA WOMEN’S FOOTBALL 2026, PERKASA PENYERTAAN GADIS DALAM BOLA SEPAK
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini melancarkan FIFA Women’s Football Campaign 2026 menerusi program Sukan Untuk Gadis Remaja (SUGAR) sebagai usaha memperluaskan penyertaan wanita dan kanak-kanak perempuan dalam sukan bola sepak. Majlis pelancaran yang berlangsung di SMK Putrajaya Presint 8 (1) disempurnakan oleh Pengarah Teknikal Bola Sepak Wanita FAM, Soleen Al-Zou’bi, bersama Ketua Biro Pendidikan Perpaduan Put

Editor
Aug 61 min read


MFL UMUM FINALIS LIGA M AWARDS 2025-2026, SYIHAN DAN BERGSON PERTAHAN REPUTASI
KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Malaysian Football League (MFL) mengumumkan senarai tiga finalis bagi setiap kategori Liga M Awards 2025-2026, sekali gus membuka tirai penentuan penerima anugerah berprestij yang dijadual berlangsung pada 12 Ogos ini. Senarai akhir itu dipilih daripada 10 calon awal menerusi undian membabitkan 13 ketua jurulatih, 13 ketua pasukan Liga Malaysia serta 13 wakil media, dengan penilaian mengambil kira prestasi sepanjang musim termasuk Liga Super, kejohanan

Editor
Aug 51 min read


STADIUM LARKIN KEMBALI MERIAH, JDT II JADIKAN GELANGGANG BERSEJARAH SEBAGAI KUBU LIGA A1 SEMI-PRO
Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos di Larkin bakal kembali menjadi tumpuan peminat bola sepak apabila Johor Darul Ta'zim II (JDT II) menjadikan gelanggang ikonik itu sebagai venue rasmi bagi aksi Liga A1 Semi-Pro musim 2026/2027. Perkembangan itu sekali gus menghidupkan semula suasana bola sepak kompetitif di stadium yang pernah menjadi kubu utama Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum perpindahan pasukan utama ke Stadium Sultan Ibrahim pada 2020. Menurut jadual dan pengesahan

Editor
Aug 51 min read


IMIGRESEN FC II, AAK UNISEL FC LENGKAPKAN SENARAI 14 PASUKAN LIGA A1 SEMI-PRO 2026/2027
Amateur Football League (AFL) mengesahkan penyertaan Imigresen FC II dan AAK UNISEL FC dalam saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2026/2027 sekali gus melengkapkan senarai 14 pasukan yang akan beraksi dalam kejohanan itu. AFL dalam satu kenyataan memaklumkan kedua-dua pasukan tersebut sebelum ini berada dalam senarai menunggu dan dikehendaki memenuhi beberapa kriteria serta melengkapkan dokumentasi yang ditetapkan dalam tempoh diberikan. Menurut kenyataan itu, selepas melalui prose

Editor
Aug 41 min read


LEGENDA BOLA SEPAK DUNIA GEGAR STADIUM NASIONAL TM OKTOBER INI
KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Peminat bola sepak tanah air bakal disajikan dengan aksi bintang-bintang legenda dunia apabila AllStar Legends Football Match menghimpunkan bekas pemain ternama dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Nasional TM pada 3 Oktober depan. Perlawanan anjuran AllStar Sports Sdn. Bhd. (AllStar Sports) dengan kerjasama World Football Legends (WFL) itu bakal menyaksikan pertembungan antara AllStar Premier League Legends dan AllStar World Legends, sekali gu

Editor
Aug 32 min read
bottom of page

