top of page
News


DERBY LIGA SUPER: DPMM CURI TIGA MATA, SABAH FC TEWAS KALI KEDUA DI LIKAS
Sabah FC sekali lagi gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 1-2 kepada DPMM FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, malam ini. Kekalahan itu menyaksikan skuad Sang Badak menanggung kekecewaan kedua di gelanggang sendiri pada awal saingan Liga Super musim ini, sekali gus memberi isyarat bahawa mereka masih perlu memperkemaskan prestasi ketika beraksi di hadapan penyokong sendiri. DPMM tampil lebih agresif sejak awal permainan dan usaha mereka me

Editor
4 days ago2 min read


DERBY LIGA SUPER: SELANGOR TAMPIL GAGAH, TEWASKAN KL CITY 3-0
Selangor FC meneruskan momentum cemerlang dalam saingan Liga Super Malaysia apabila tampil dominan untuk menundukkan Kuala Lumpur (KL) City FC 3-0 dalam aksi derby Lembah Klang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi. Kemenangan itu bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Gergasi Merah dalam persaingan liga, malah melanjutkan rentetan kemenangan mereka kepada empat perlawanan berturut-turut. Sejak wisel permulaan dibunyikan, Selangor memperlihatkan corak perma

Editor
4 days ago1 min read


LIGA SUPER: PENANG FC RAIH KEMENANGAN PERTAMA, GOL LEWAT STEFANO BENAM KELANTAN 3-2
Penang FC akhirnya menamatkan penantian untuk meraih kemenangan pertama dalam Liga Super musim 2026/27 selepas menundukkan Kelantan Red Warriors FC (KRW) 3-2 dalam aksi dramatik di Stadium Bandaraya, di sini, petang tadi. Kapten Penang FC, Stefano Brundo, muncul wira pasukan tuan rumah apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan, sekali gus memastikan tiga mata penuh menjadi milik skuad Harimau Kumbang. Penang bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit

Editor
5 days ago2 min read


DERBY SELATAN: JDT BENAM NEGERI SEMBILAN 3-0, KEKAL DI PUNCAK LIGA
Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan penguasaan dalam saingan Unifi Liga Super Malaysia 2026/27 apabila menundukkan Negeri Sembilan FC 3-0 dalam aksi Derby Selatan di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. Kemenangan itu bukan sahaja membolehkan skuad Harimau Selatan mengutip tiga mata penuh, malah memastikan anak buah Xisco Muñoz terus menghuni tangga teratas liga selepas mempamerkan persembahan yang kemas serta berkesan sepanjang perlawanan. JDT tidak mengambil masa lama untuk

Editor
6 days ago2 min read


LIGA SUPER: AKSI PENUH DRAMATIK, KAD MERAH, HIASI PERTEMUAN SELANGOR-MELAKA
Selangor terpaksa mengharungi aksi penuh dramatik sebelum memastikan kemenangan 3-2 ke atas Melaka dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi. Skuad kendalian Kim Pan-gon itu hampir tercicir mata selepas berdepan pelbagai dugaan termasuk layangan kad merah, kelebihan dua gol yang terhakis serta sepakan penalti yang sekadar menggegar palang gol. Selangor membuka tirai jaringan menerusi Chrigor Moraes, namun kelebihan itu tidak bertahan lama

Editor
Sep 71 min read


LIGA SUPER: TERENGGANU, PENANG BERKONGSI MATA TERIKAT TANPA JARINGAN
Terengganu FC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat Penang FC 0-0 dalam aksi minggu ketiga Liga Super musim 2026-27 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi. Terengganu menurunkan Suhaimi Husin sebagai penjaga gol, manakala Gervane Kastaneer menjadi antara sandaran utama di jentera serangan. Manuel Ott pula diberikan tanggungjawab mengetuai pasukan selaku kapten. Penang FC turut menampilkan barisan berpengalaman dengan Khairul Azhan mengawal gawang, s

Editor
Sep 61 min read


LIGA SUPER: KUCHING CITY MENANG 2-0, TAMATKAN DOMINASI KEMENANGAN SABAH DI LIKAS
Kuching City FC menamatkan dominasi kemenangan Sabah FC apabila menundukkan skuad The Rhinos 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, malam tadi. Kemenangan itu hadir hasil dua jaringan penyerang Bosnia, Ajdin Mujagic, yang masing-masing hadir pada separuh masa pertama untuk memastikan Kuching City membawa pulang tiga mata berharga. Sabah menurunkan Juan Flere sebagai penjaga gol dengan Dominic Tan mengetuai benteng pertahanan, manakala Darren Lok diberi tanggungjawab meng

Editor
Sep 62 min read


LIGA SUPER: NEGERI SEMBILAN BANGKIT IKAT STAR CITY, AKHYAR JADI WIRA
Negeri Sembilan FC (NSFC) bangkit pada penghujung perlawanan untuk mengikat Star City FC 2-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini. Pemain pinjaman daripada Terengganu FC, Akhyar Rashid, muncul wira skuad Hobin Jang Hobin apabila meledak kedua-dua gol tuan rumah, termasuk jaringan penyamaan pada masa kecederaan. Keputusan itu pastinya melegakan penyokong Negeri Sembilan selepas pasukan berkenaan mengalami kekalahan dalam dua perlawanan terdahu

Editor
Sep 52 min read


LIGA SUPER: BERGSON LEDAK DUA GOL, JDT TUNDUKKAN DPMM FC 3-0
Dua jaringan Bergson da Silva membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) menundukkan DPMM FC 3-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, semalam, sekali gus mengukuhkan kedudukan Harimau Selatan di persada liga. Kemenangan itu turut menyaksikan JDT meneruskan rentak positif dengan mencatat kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan liga. Bergson membuka tirai jaringan pada minit ke-36 selepas menyudahkan peluang yang terhidang dalam situasi yang pada awalnya mencetuskan

Editor
Sep 51 min read


LIGA SUPER: JEREBU, DPMM FC PINDAH VENUE UNTUK AKSI MENENTANG JDT BERLANGSUNG DI STADIUM SULTAN IBRAHIM
Kelab Brunei, DPMM FC, terpaksa menukar venue bagi aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dijadualkan berlangsung Jumaat ini susulan keadaan jerebu yang berterusan di Bandar Seri Begawan. Menerusi pengumuman terbaharu kelab itu, perlawanan berkenaan akan dipindahkan ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor, sekali gus menyaksikan DPMM FC beraksi di gelanggang lawan. Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira aspek kesihatan dan keselamatan semu

Editor
Sep 21 min read


JUAN TORRES GARRIDO YAKIN SABAH MAMPU BERI SAINGAN SENGIT KEPADA SELANGOR
Ketua jurulatih Sabah FC, Juan Torres Garrido percaya skuad kendaliannya mampu memberikan tentangan sengit kepada Selangor FC dalam aksi Piala FA di Stadium Likas, jam 7.30 malam esok. Keyakinan itu hadir selepas Sabah membuka kempen liga dengan dua kemenangan, namun Torres Garrido sedar cabaran lebih besar menanti apabila berdepan Selangor yang turut merekodkan permulaan sempurna dalam saingan liga. “Kami yakin kami boleh memberikan satu perlawanan yang baik menentang Selang

Editor
Sep 12 min read


LIGA SUPER: GOL LEWAT CHRISTIAN BANTU MELAKA FC TEWASKAN NEGERI SEMBILAN 2-1
Melaka FC mencatat kemenangan dramatik 2-1 ke atas Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam ini, hasil jaringan lewat Christian. Kemenangan itu hadir selepas Melaka FC terpaksa bekerja keras berdepan skuad Negeri Sembilan yang beraksi dengan 10 pemain, sekali gus memastikan tiga mata menjadi milik tuan rumah. Pertembungan kedua-dua pasukan berlangsung sengit sejak awal permainan dengan masing-masing memburu kemenangan pertama dalam saingan musim i

Editor
Aug 301 min read


LIGA SUPER: PAULO JOSUE MUNCUL WIRA, KL CITY FC BANGKIT TEWASKAN DPMM FC 1-0
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) akhirnya menemui semula rentak kemenangan apabila menewaskan DPMM FC 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi. Kemenangan itu hadir selepas skuad kendalian Datuk Dollah Salleh sebelum ini dibelasah 6-0 oleh Kuching City FC, sekali gus menjadi suntikan moral penting buat KL City untuk kembali bersaing dalam saingan liga. DPMM FC pula hadir dengan keyakinan selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pen

Editor
Aug 302 min read


LIGA SUPER: KUCHING CITY TERUS GARANG, BENAM KRW FC 5-0
Kuching City FC meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super selepas membelasah Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) 5-0 pada aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi, petang semalam. Kemenangan itu hadir selepas Kuching City mencatat kemenangan besar 6-0 ke atas Kuala Lumpur City FC pada aksi terdahulu, sekali gus mengukuhkan momentum positif skuad kendalian Aidil Sahrin. Sebaliknya, KRW FC yang sebelum ini diaibkan Johor Darul Ta'zim (JDT) 9-0 gagal bangkit di

Editor
Aug 302 min read


LIGA SUPER: JDT PESTA GOL, BENAM STAR CITY 7-0 DI STADIUM SULTAN IBRAHIM
Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super apabila membelasah Star City 7-0 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. Kemenangan bergaya itu menyaksikan skuad Harimau Selatan sekali lagi berpesta jaringan selepas menewaskan Kelantan Red Warriors pada Rabu lalu, dengan penyerang naturalisasi negara, Bergson Da Silva, menjadi watak utama menerusi jaringan hatrik. Ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz, mempertaruhkan gandingan Bergson dan Sha

Editor
Aug 301 min read


LIGA SUPER: DISIPLIN, KOMITMEN TINGGI RESIPI KEJAYAAN SELANGOR BENAM TERENGGANU 3-0
Disiplin tinggi, komitmen melebihi 100 peratus serta keupayaan memanfaatkan peluang menjadi antara faktor utama kejayaan Selangor FC menundukkan Terengganu FC (TFC) 3-0 dalam aksi kedua Liga Super 2026/2027 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi. Ketua jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, menyifatkan kemenangan itu sebagai hasil kerja keras seluruh pasukan yang berjaya mengekalkan ketenangan serta disiplin ketika berdepan tekanan hebat daripada tuan ruma

Editor
Aug 292 min read


SABAH FC TUNDUKKAN PENANG 2-0, RAIH KEMENANGAN KEDUA LIGA SUPER
Sabah FC meneruskan permulaan positif dalam saingan Liga Super 2026/2027 apabila menewaskan Penang FC 2-0 pada aksi di Stadium Likas, malam tadi. Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Juan Torres Garrido mengumpul enam mata daripada dua perlawanan selepas sebelum ini menewaskan Star City FC 3-1 dalam aksi pembukaan musim. Beraksi dalam keadaan hujan yang menyebabkan padang basah, kedua-dua pasukan mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan permainan. S

Editor
Aug 292 min read


LIGA SUPER: JURANG KUALITI DAN PENGALAMAN PUNCA KRW TEWAS BESAR KEPADA JDT
Kekurangan dari segi kualiti dan pengalaman pemain menjadi antara faktor utama Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) tewas besar kepada Johor Darul Ta’zim (JDT FC) dalam aksi Liga Super, malam tadi. Ketua jurulatih KRW FC, Irfan Bakti mengakui jurang antara kedua-dua pasukan amat ketara, terutama dari segi kedalaman skuad yang dimiliki selepas pasukannya kini hanya mempunyai 18 pemain untuk diturunkan. Menurut beliau, situasi itu bertambah sukar apabila dua lagi pemain utama menga

Editor
Aug 272 min read


LIGA SUPER: KL CITY BEBAS SEKATAN FIFA, RM1.1 JUTA SELESAI TUNGGAKAN GAJI
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) kini bebas daripada sekatan perpindahan yang dikenakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), sekali gus membuka laluan buat pasukan itu mendaftarkan pemain baharu bagi menghadapi saingan Liga Super 2026/27. Perkara itu disahkan pengendali KL City, Datuk Dollah Salleh, yang memaklumkan sekatan berkenaan sudah ditarik balik selepas isu tunggakan yang menjadi punca penggantungan diselesaikan. “Yang penting kita sudah dapat berita mengenai

Editor
Aug 272 min read


LIGA SUPER: SHAHAB ZAHEDI CIPTA HATRIK, JDT PESTA GOL 9-0
Tidak perlu menunggu lama untuk mencipta impak, penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Shahab Zahedi muncul pemain pertama meledak hatrik dalam saingan Liga Super 2026/27 selepas membantu skuad Harimau Selatan membelasah Kelantan Red Warrior (KRW) 9-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam tadi. Penyerang kebangsaan Iran itu hanya memerlukan 80 saat untuk membuka tirai jaringan JDT sebelum sekali lagi mencuri tumpuan apabila bergandingan dengan kapten, Arif Aiman Hanapi, bagi me

Editor
Aug 271 min read
bottom of page

