top of page

HARIMAU MALAYA: FIFA SAHKAN BERGSON, BRAD TAPP LAYAK WAKILI MALAYSIA

Writer: Editor
Editor
3 days ago
1 min read

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan status kelayakan dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva dan Brad Tapp, untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia.


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pengesahan itu diterima selepas FIFA selesai menjalankan semakan terhadap status kedua-dua pemain berkenaan berdasarkan peraturan serta peruntukan yang ditetapkan badan induk bola sepak dunia itu.



Pengesahan tersebut sekali gus memberi kejelasan terhadap kedudukan Bergson dan Tapp dalam usaha mereka untuk menyarung jersi Harimau Malaya pada masa akan datang.


Bagaimanapun, status dua lagi pemain JDT, Manuel Hidalgo dan Shane Lowry, masih belum dimuktamadkan apabila proses semakan dan pengesahan oleh FIFA masih berjalan.


Menurut FAM, pihaknya masih menunggu keputusan rasmi FIFA berhubung kelayakan kedua-dua pemain terbabit.


“FAM akan terus memberikan kerjasama dan mengemukakan segala maklumat serta dokumen yang diperlukan kepada FIFA berkaitan proses semakan berkenaan,” menurut kenyataan itu.


FAM turut memberi jaminan bahawa sebarang perkembangan terbaharu mengenai status Hidalgo dan Lowry akan dimaklumkan selepas badan berkenaan menerima pengesahan rasmi daripada FIFA.


Perkembangan itu dijangka terus menjadi perhatian susulan usaha memperkukuh skuad kebangsaan dengan kehadiran pemain yang memenuhi syarat kelayakan untuk mewakili Malaysia.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page