top of page

LIGA A1: UM-DAMANSARA MALUKAN JDT II, CATAT KEMENANGAN 2-1 DI LARKIN

Writer: Editor
Editor
2 days ago
1 min read

UM-Damansara United mencipta kejutan apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan JDT II, 2-1 dalam aksi Liga A1 Semi-Pro 2026/27 di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.


JDT II yang terlebih dahulu berada di depan menerusi Syukur Fariz pada minit ke-21, sebelum UM-Damansara United bangkit pada babak kedua untuk mengubah keputusan.


JDT II, yang tampil dengan rekod sempurna selepas dua perlawanan awal musim, bermula dengan penuh keyakinan dan berjaya memecah kebuntuan menerusi Syukur Fariz untuk membawa tuan rumah mendahului 1-0 pada penghujung babak pertama.


Gol itu juga meneruskan prestasi cemerlang Syukur dalam saingan Liga A1 musim ini, yang sebelum ini meledak empat gol dalam dua perlawanan terdahulu.


Bagaimanapun, UM-Damansara United enggan mengalah dan meningkatkan tekanan sebaik permainan bersambung. Usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-55 apabila Amirul Akmal menjaringkan gol penyamaan, sekali gus menghidupkan kembali peluang pasukan pelawat untuk membawa pulang mata.


Momentum kemudian beralih kepada UM-Damansara United yang terus mengasak kubu JDT II. Tekanan berterusan itu akhirnya membuahkan hasil apabila Saiful Iskandar meledak gol kedua pada minit ke-75 untuk memberikan pasukan pelawat kelebihan 2-1.



JDT II cuba bangkit pada baki perlawanan, namun gagal memanfaatkan peluang yang hadir untuk kembali menyamakan kedudukan.


Keputusan itu menyaksikan UM-Damansara United menamatkan rentetan tanpa kalah JDT II pada awal musim, sekali gus mencatat kemenangan penting dalam aksi ketiga kempen Liga A1 Semi-Pro 2026/27.



Sebelum perlawanan ini, JDT II membuka kempen dengan kemenangan 5-0 ke atas USM FC dan kemudian menewaskan AAK Unisel FC 3-1, menjadikan kekalahan kepada UM-Damansara sebagai keputusan mengejutkan buat skuad Harimau Selatan.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page