top of page

ADIDAS KEMBALI JADI RAKAN KIT RASMI SELANGOR FC MUSIM 2026/27

  • Writer: Editor
    Editor
  • Jul 8
  • 1 min read

Jenama pakaian dan kelengkapan sukan global, adidas, mengumumkan kepulangannya sebagai Rakan Kit Rasmi Selangor FC bagi menghadapi musim 2026/27, sekali gus menghidupkan semula kerjasama yang pernah mencipta sejarah dalam arena bola sepak Malaysia. Pengumuman itu dibuat hari ini, dengan para pemain Selangor FC turut dilihat sudah mula mengenakan kit latihan adidas ketika sesi latihan pasukan sebagai simbolik kepada penyatuan semula kedua-dua pihak.



Kerjasama yang diperbaharui itu menyatukan semula dua jenama yang mempunyai hubungan erat sejak sekian lama, selain mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuhkan pembangunan bola sepak serta memberi inspirasi kepada generasi baharu melalui sukan.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan laman web rasmi Selangor FC hari ini, penyatuan semula tersebut turut memperkukuhkan legasi yang telah dibina antara adidas dan Selangor FC sepanjang beberapa dekad, dengan kedua-dua pihak berkongsi aspirasi untuk terus memacu kecemerlangan di dalam dan di luar padang.


Kerjasama terdahulu antara kedua-dua pihak menyaksikan pelbagai kejayaan serta detik bersejarah yang membantu memperkukuhkan identiti dan budaya kemenangan kelab, selain menyemarakkan semangat #MentalitiJuara dalam kalangan pemain, penyokong dan komuniti bola sepak.


Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, adidas dan Selangor FC dijadual melancarkan Kit Home dan Away musim 2026/27 pada 20 Ogos 2026.


Kit baharu berkenaan direka bagi meraikan legasi gemilang Selangor FC sambil mencerminkan aspirasi kelab untuk terus melakar kejayaan pada masa depan.


Pelancaran itu dijangka menjadi titik permulaan baharu kepada kerjasama antara adidas dan Selangor FC, selain mengukuhkan lagi hubungan dengan penyokong setia The Red Giants menjelang saingan musim 2026/27.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page