top of page

SELANGOR REHATKAN KATSUHITO KINOSHI, CRISTOPHE GAMEL AMBIL ALIH SEMENTARA

  • Writer: Editor
    Editor
  • Sep 26
  • 1 min read

ree

Selangor FC mengesahkan bahawa ketua jurulatih mereka, Katsuhito Kinoshi, direhatkan daripada tugasan bersama skuad utama berkuat kuasa serta-merta walaupun baru sahaja membawa pasukan mencatat kemenangan bergaya.


ree

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan petang tadi, kelab itu memaklumkan bahawa jurulatih Selangor II, Cristophe Gamel, akan mengambil alih peranan sebagai ketua jurulatih interim sepanjang proses pencarian pengganti tetap dijalankan.


“Selangor FC dengan ini mengumumkan bahawa Katsuhito Kinoshi telah direhatkan daripada tugas beliau sebagai ketua jurulatih pasukan utama.


Pihak kelab ingin merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada beliau atas segala sumbangan, usaha dan komitmen beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya bersama Selangor FC,” jelas kenyataan itu.


Apa yang mengejutkan, keputusan tersebut hadir hanya beberapa jam selepas skuad The Red Giants menewaskan kelab Singapura, Tampines Rovers, dengan keputusan 4-2 dalam aksi ACC Shopee Cup malam kelmarin – satu kemenangan yang dianggap memberi tonik semangat buat pasukan selepas permulaan musim yang tidak menentu.


Spekulasi mengenai masa depan Kinoshi sebenarnya mula berlegar sejak beberapa minggu lalu selepas prestasi Selangor dalam saingan Liga Super kurang memberangsangkan, termasuk beberapa keputusan mengecewakan yang menyebabkan kedudukan mereka tergugat dalam carta liga.


Dengan pelantikan sementara Gamel, penyokong Selangor pastinya menaruh harapan agar pasukan kembali stabil menjelang perlawanan penting akan datang, selain menanti siapakah calon yang bakal dipilih sebagai nakhoda baharu untuk mengemudi cabaran The Red Giants musim ini.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page