top of page

ACL2: PERSIB BANDUNG TUNJUK JALAN KELUAR UNTUK SELANGOR

  • Writer: Editor
    Editor
  • Nov 6
  • 1 min read

ree

PETALING JAYA, 6 Nov — Harapan Selangor FC untuk meneruskan cabaran dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) berkecai selepas tewas 2-3 kepada wakil Indonesia, Persib Bandung, dalam aksi Kumpulan G di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.



Pasukan tuan rumah bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi Chrigor Moraes yang menolak masuk hantaran lintang Alvin Fortes untuk mendahului 1-0.


Selang 14 minit kemudian, tekanan berterusan daripada The Red Giants membuahkan hasil apabila berlaku kekalutan di hadapan gawang Persib yang menyaksikan Patricio Matricardi tertampan bola ke gawang sendiri. Gol itu dikreditkan kepada Zach Clough, menjadikan kedudukan 2-0 memihak Selangor hingga tamat separuh masa pertama.


Namun, babak kedua menyaksikan perubahan momentum ketara apabila Persib bangkit dengan jaringan Andrew Jung pada minit ke-54 untuk merapatkan jurang.


Aksi cemerlang penjaga gol Sikh Izhan Nazrel beberapa kali menafikan percubaan berbahaya pelawat, tetapi keampuhan benteng Selangor akhirnya runtuh pada minit ke-81 selepas pemain gantian Adam Alis menyamakan kedudukan 2-2.


Ketika skuad kendalian Christophe Gamel berusaha mencari gol kemenangan, kesilapan mudah di benteng pertahanan membuka ruang buat Adam Alis sekali lagi meledak — kali ini untuk memastikan Persib Bandung meraih kemenangan dramatik 3-2.


Kekalahan itu menamatkan peluang Selangor untuk mara ke peringkat seterusnya selepas gagal mengutip sebarang mata daripada empat perlawanan kumpulan.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page