SHOPEE CUP: SELANGOR FC SAHKAN KE FINAL
- Editor

- 4 hours ago
- 1 min read

Selangor FC menempah slot ke pentas final Piala Shopee Kejuaraan Kelab Asia (ACC) selepas menundukkan Thep Xanh Nam Dinh FC 2-0 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Thien Truong, sebentar tadi.
Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon mara bergaya dengan agregat 4-1 sekali gus mengekang kebangkitan wakil Vietnam berkenaan di hadapan penyokong sendiri.
Penyerang import, Chrigor Moraes muncul wira Red Giants apabila meledak dua gol penting untuk memastikan Selangor mengesahkan tiket ke final kejohanan berprestij Asia itu.
Gol pertama hadir pada minit ke-40 menerusi sepakan penalti selepas pengadil menghadiahkan sepakan itu hasil semakan video bantuan pengadil (VAR) susulan kekasaran terhadap Mohammad Abu Al-Nad di dalam kotak penalti.
Chrigor kemudian melengkapkan kemenangan pelawat apabila tenang menyempurnakan peluang satu lawan satu pada masa kecederaan babak kedua untuk menutup terus peluang Nam Dinh bangkit.
Selangor kini hanya selangkah untuk menjulang trofi apabila aksi final pertama dijadual berlangsung di laman sendiri Rabu depan sebelum perlawanan timbal balik pada 27 Mei nanti.





Comments