top of page

PIALA DUNIA: HARGA TIKET TERMAHAL PERLAWANAN, CECAH RM14,000 SEORANG

  • Writer: Editor
    Editor
  • Jul 3
  • 1 min read

Perlawanan pusingan 32 terbaik Piala Dunia FIFA 2026 membabitkan Portugal dan Croatia di Toronto muncul antara aksi dengan harga tiket paling tinggi sepanjang kejohanan edisi kali ini, didorong permintaan luar biasa daripada penyokong kedua-dua pasukan.


Pertembungan itu turut mendapat perhatian meluas kerana berkemungkinan menjadi penampilan terakhir dua ikon bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dan Luka Modrić, di pentas Piala Dunia.


Berdasarkan anggaran harga, tiket rasmi yang dijual FIFA bagi perlawanan pusingan 32 terbaik ditawarkan pada kadar antara CA$171 hingga CA$603 ( RM540 – RM1,900 ) mengikut kategori tempat duduk.


Bagaimanapun, permintaan yang tinggi menyebabkan harga tiket di pasaran jualan semula meningkat secara mendadak, dengan tiket tempat duduk paling murah dilaporkan bermula sekitar AS$1,600 hingga AS$3,225 (RM6,800 - RM13,700).


Harga itu tidak termasuk tempat duduk VVIP dan Premium dengan di lokasi terbaik stadium, harga tiket dilaporkan boleh mencecah antara CA$20,000 hingga lebih CA$50,000.


Lonjakan harga itu didorong beberapa faktor, termasuk nilai sejarah perlawanan yang berpotensi menyaksikan aksi terakhir Ronaldo dan Modrić di pentas Piala Dunia, selain permintaan tinggi daripada penyokong Portugal dan Croatia.


Selain itu, mekanisme harga dinamik yang digunakan FIFA serta aktiviti pasaran jualan semula turut menyumbang kepada peningkatan harga sehingga beberapa kali ganda berbanding harga asal.


Sebagai perbandingan, walaupun harga rasmi FIFA bagi perlawanan tersebut berada dalam lingkungan CA$171 hingga CA$603, kebanyakan penyokong yang mendapatkan tiket pada saat akhir melalui pasaran sekunder dilaporkan terpaksa membayar lebih AS$3,000 bagi mendapatkan tiket kategori paling murah.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page