PIALA DUNIA: NEYMAR UMUM BERSARA, SELEPAS TERSINGKIR DI PIALA DUNIA
- Editor

- Jul 6
- 1 min read

Penyerang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan persaraannya daripada pentas antarabangsa selepas Brazil tersingkir daripada saingan Piala Dunia FIFA 2026 susulan kekalahan 1-2 kepada Norway pada aksi pusingan 16 terbaik di MetLife Stadium, awal pagi tadi.
Pemain berusia 34 tahun itu mengesahkan keputusan berkenaan sejurus tamat perlawanan, sekali gus menutup tirai perjalanan panjangnya bersama skuad The Seleção yang bermula lebih sedekad lalu.
"Saya dah cuba, saya dah cuba. Namun kini semua sudah berakhir.
"Saya bermula di sini dan saya menamatkannya juga di sini," katanya.
Dalam perlawanan itu, Neymar sempat menghadiahkan gol terakhir buat Brazil apabila tenang menyempurnakan sepakan penalti, namun jaringan berkenaan gagal mengelakkan pasukannya daripada tersingkir.
Bekas bintang Paris Saint-Germain F.C. dan FC Barcelona itu turut dilihat gagal menahan sebak apabila terduduk di atas padang sambil mengalirkan air mata sebaik wisel penamat ditiup.
Debut Neymar bersama Brazil hadir pada tahun 2010 dalam aksi persahabatan menentang Amerika Syarikat di Stadium MetLife, malah beliau turut meledak gol pertamanya di pentas antarabangsa dalam perlawanan tersebut.
Walaupun beberapa tahun terakhir kariernya sering diganggu kecederaan, Neymar tetap menamatkan perjalanan bersama skuad kebangsaan sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil dengan 80 gol, mengatasi rekod legenda negara itu, Pelé, yang meledakkan 77 gol.

Persaraan Neymar sekali gus menandakan berakhirnya era seorang pemain yang terkenal dengan kemahiran individu, kreativiti serta gaya permainan menghiburkan, selain menjadi antara tonggak utama Brazil dalam pelbagai kejohanan utama sepanjang karier antarabangsanya.





Comments