top of page

PIALA DUNIA: SWITZERLAND MARA KE PUSINGAN 16 TERBAIK SELEPAS TUNDUKKAN ALGERIA 2-0

  • Writer: Editor
    Editor
  • Jul 3
  • 1 min read

Switzerland mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Algeria 2-0 dalam aksi pusingan 32 terbaik yang berlangsung di BC Place, Vancouver, Amerika Syarikat, hari ini.



Anak buah Murat Yakin mempamerkan aksi meyakinkan apabila membuka jaringan seawal minit ke-10 menerusi penyudah kemas Breel Embolo untuk meletakkan Switzerland di hadapan.



Algeria kemudian berusaha mencari gol penyamaan menerusi beberapa gerakan serangan, namun pertahanan Switzerland yang tersusun dan berdisiplin berjaya mengekang setiap percubaan lawan.


Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.


Bersambung babak kedua, Switzerland hanya memerlukan seminit untuk menggandakan kelebihan apabila Dan Ndoye menjaringkan gol kedua, sekali gus menewaskan penjaga gol Algeria, Luca Zidane.



Algeria meningkatkan intensiti permainan bagi merapatkan jurang, namun gagal menembusi benteng pertahanan Switzerland yang terus tampil ampuh sehingga wisel penamat dibunyikan.


Kemenangan itu memastikan Switzerland melangkah ke pusingan 16 terbaik, dengan mereka dijadual bertemu sama ada Colombia atau Ghana bagi merebut tempat ke suku akhir.


Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page