top of page

PIALA MALAYSIA: KUALA LUMPUR GARANG SELEPAS HUJAN, SINGKIR SRI PAHANG

  • Writer: Editor
    Editor
  • Sep 24, 2023
  • 1 min read

Updated: Sep 25, 2023


Bekalan satu gol yang dibawa Kuala Lumpur City ke Stadium Darul Makmur memastikan kemaraan The City Boys ke separuh akhir Piala Malaysia selepas terikat 1-1 dengan Sri Pahang FC dalam aksi suku akhir kedua sebentar tadi.



KL City memperoleh kelebihan satu gol hasil jaringan sepakan penalti Romel Morales dalam aksi pertama di Cheras minggu lalu.


Di sebalik keterujaan Tok Gajah memburu jaringan pembukaan dalam aksi timbal balik kali ini, Morales sekali lagi menghukum barisan bimbingan Fandy Ahmad itu, kali ini dengan menanduk masuk sepakan percuma ketua pasukan, Paulo Josue, pada minit ke-29.



Tersentak dengan jaringan itu, Sri Pahang melancarkan asakan bertali arus bagi memburu gol penyamaan tetapi jaringan yang dicari-cari itu hanya tiba dalam waktu kecederaan menjelang ke wisel penamat.


Lima minit dalam masa kecederaan babak kedua, Sri Pahang memperoleh sepakan penalti selepas Tchetche Kipre dijatuhkan Giancarlo Gallifuoco dan kesempatan itu disempurnakan Stefano Brundo tetapi ia jelas sudah terlalu lewat, sekali gus membenarkan KL City ke separuh akhir dengan agregat 2-1.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page