top of page

HARIMAU MALAYA: SENARAI 27 PEMAIN DIPANGGIL UNTUK HADAPI NEPAL

  • Writer: Editor
    Editor
  • Mar 13, 2025
  • 1 min read

TIADA pemain warisan baharu yang akan menyarung jersi Harimau Malaya menghadapi perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim bulan ini.



Ia disahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi pengumuman 27 pemain yang akan menggalas tanggungjawab dalam misi penting menentang Nepal itu.


Antara muka baru dalam skuad Harimau Malaya kali ini ialah pemain pertahanan Selangor FC, Zikri Khalili.



Beberapa pemain yang tidak dipanggil untuk tugasan ASEAN Championship 2024 juga kembali tersenarai.


Antara nama yang kembali membarisi pasukan ialah Dion Cools, Natxo Insa, Afiq Fazail, Romel Morales, Arif Aiman Hanapi, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid.


Cklamovski turut memilih mengekalkan beberapa tonggak yang beraksi dalam saingan ASEAN Championship 2024.


Antara yang dikekalkan ialah Paulo Josue, Endrick dos Santos, Safwan Mazlan, Haqimi Azim Rosli dan Stuart Wilkin.


Selain itu, Cklamovski turut mencipta sensasi dengan memanggil semula Nazmi Faiz Mansor, Mohamadou Sumareh, Shahrul Saad dan Quentin Cheng.


Dalam pada itu, pengurusan Harimau Malaya turut menyenaraikan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim untuk kembali menyarung jersi pasukan kebangsaan.


Sebelum ini, lapan pemain warisan dikaitkan menyertai Harimau Malaya dan salah seorang pemain itu dalam fasa akhir melengkapkan dokumen.




Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page