HARITH HAIQAL BERI BAYANGAN TINGGALKAN SELANGOR, BAKAL KE SELATAN?
- Editor
- Jun 19
- 1 min read

Pertahanan Selangor, Harith Haiqal Adam Afkar, seakan-akan memberikan bayangan bahawa jodohnya bersama Gergasi Merah sudah sampai ke penghujung apabila pemain berusia 22 tahun itu menurunkan kesemua gambarnya bersama kelab itu di akaun Instagram peribadinya.

Produk Akademi Mokhtar Dahari itu hanya meninggalkan dua gambarnya bersama skuad kebangsaan dalam akaun berkenaan.
Situasi itu mula menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat dengan ada yang beranggapan pemain itu akan ke selatan tanah air.
Sebagai rekod, Harith Haiqal mula menyertai skuad senior Selangor pada 2021, di mana dia kemudian melakukan 40 penampilan dan menjaringkan enam gol buat Gergasi Merah. Sumber Artikel Stadium Astro
תגובות