HOKI: LAPAN NEGARA BERENTAP BURU KEJUARAAN HOKI PIALA SULTAN JOHOR
- Editor

- Sep 27, 2023
- 1 min read

JOHOR BAHRU: Lapan negara mengesahkan penyertaan kejohanan hoki antarabangsa
bawah 21 tahun bagi merebut Piala Sultan Johor (SOJC) 2023 bermula 27 Oktober di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru.

Satu Majlis perasmian telah diadakan di Persada Johor Convention Centre pada selasa yang turut di hadiri oleh YAM Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor .
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Seri Anil Jeet Singh berkata, kejohanan edisi ke-11 ini turut disertai oleh juara edisi lalu, India selain Pakistan dan New Zealand yang turut berada dalam Kumpulan B.

Pertambahan penyertaan berbanding enam negara sebelum ini, jelas menunjukkan bahawa kejohanan itu menjadi tumpuan pemain hoki dunia.
Lebih-lebih lagi pasukan negara yang bakal menjadi medan persediaan menghadapi kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja di Kuala Lumpur, hujung tahun ini.
“Sasaran saya tak mahu letak yang terlalu tinggi. Biarkan jurulatih dan MHC. Tetapi bagi saya, sasaran untuk berada dalam kelompok tiga terbaik.” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Penyampaian Cek Penajaan Kejohanan SOJC 2023, petang tadi.










Comments