LIGA A1: KRW FC RAIH MATA PERTAMA SELEPAS IKAT UM DAMANSARA
- Editor

- Aug 23
- 1 min read

KOTA BHARU – Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bangkit pada minit akhir untuk mengikat UM Damansara United 1-1 dalam aksi Liga A1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Perlawanan itu juga menjadi aksi sulung KRW FC dalam saingan berprestij tersebut selepas kelab Pantai Timur itu bebas daripada sekatan FIFA beberapa minggu lalu.
UM Damansara terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Mohamad Syahir Abdul Rahman pada minit ke-30, sekali gus menutup babak pertama dengan kelebihan satu gol.
Anak buah Irfan Bakti Abu Salim berusaha keras mencari penyamaan, namun beberapa percubaan termasuk daripada tonggak import, Privat Mbarga tidak membuahkan hasil.
Gol penyamaan Mbarga pada minit ke-63 juga dibatalkan pengadil kerana kekasaran terhadap penjaga gol lawan, Ameerul Eqhwan Mohd Fauzi.
Masuk babak kedua, tiga pertukaran dilakukan termasuk kemasukan bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha.
Percaturan itu akhirnya membuahkan hasil apabila kapten pasukan, Arham Khussyairi Ab Wahab meledak gol penyamaan pada minit ke-87 untuk memastikan satu mata berharga milik tuan rumah.
Keputusan itu menyaksikan UM Damansara melonjak ke tangga ketiga liga dengan empat mata, manakala KRW FC yang mengutip satu mata berada di kedudukan ke-13.
Selepas ini, UM Damansara akan menentang Malaysian University FT (MUFT) pada 29 Ogos, manakala KRW FC bakal berdepan Kedah FA.










Comments