top of page

PIALA DUNIA: PERANCIS SINGKIR MAGHRIBI 2-0, MARA KE SEPARUH AKHIR PIALA DUNIA

  • Writer: Editor
    Editor
  • Jul 10
  • 1 min read

Perancis mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Maghribi 2-0 dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Gillette, Foxborough, awal pagi Jumaat.


Skuad Les Bleus menampilkan aksi meyakinkan apabila berjaya mematahkan tentangan sengit Maghribi menerusi jaringan Kylian Mbappe dan Ousmane Dembele pada babak kedua sekali gus meneruskan kemaraan ke kelompok empat terbaik kejohanan.


Perancis mempertaruhkan gandingan Mbappe dan Dembele di bahagian serangan, manakala Maghribi yang diketuai Achraf Hakimi turut mempertaruhkan penjaga gol berpengalaman, Bono, untuk menyekat asakan lawan.


Perancis berpeluang membuka tirai jaringan pada minit ke-28 selepas dihadiahkan sepakan penalti. Namun, percubaan Mbappe berjaya diselamatkan dengan cemerlang oleh Bono untuk memastikan kedudukan kekal tanpa jaringan.


Mbappe akhirnya menebus kegagalan tersebut apabila meledak gol pembukaan pada minit ke-60, sekali gus meletakkan Perancis di hadapan 1-0.


Enam minit kemudian, Dembele menggandakan kelebihan Perancis menerusi satu serangan balas pantas sebelum menyudahkan peluang dengan rembatan leret yang sekali lagi menewaskan Bono.


Keputusan 2-0 itu kekal sehingga wisel penamat, sekali gus mengesahkan kemaraan Perancis ke separuh akhir.


Perancis kini hanya selangkah lagi untuk melangkah ke pentas final dan bakal menanti pemenang pertemuan antara Sepanyol dan Belgium dalam satu lagi aksi suku akhir

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page