top of page

ACLE:WAKIL JEPUN SEDIA UJI JDT TANPA PEMAIN WARISAN

  • Writer: Editor
    Editor
  • Sep 29, 2025
  • 2 min read

ree

Johor Bahru: Pertembungan menarik bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok apabila Johor Darul Ta'zim (JDT) melayan kunjungan wakil Jepun, FC Machida Zelvia dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) 2025/26.


Ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz menegaskan beliau mempunyai barisan pemain yang seimbang untuk diturunkan dalam perlawanan penting itu.

“Kami mempunyai hampir 30 pemain yang sentiasa bersedia untuk diturunkan. Kami akan menurunkan kesebelasan utama yang kami miliki, sesiapa sahaja yang diturunkan pasti akan memberikan persembahan yang baik,” katanya.

Tonggak pertahanan, Shane Thomas Lowry pula percaya sokongan penyokong setia di Stadium Sultan Ibrahim bakal menjadi faktor penting dalam membantu pasukan meneruskan momentum cemerlang.

“Perlawanan esok pasti sengit buat kami. Kami perlu fokus kepada arahan dan taktikal dari jurulatih. Paling penting, kami mahu teruskan momentum kemenangan serta mengharapkan sokongan padu daripada penyokong,” jelasnya.

Dalam pada itu, lawan dari Jepun tidak datang sekadar pelengkap jadual. Ketua jurulatih Machida Zelvia, Go Kuroda menegaskan pasukannya bertekad membawa pulang tiga mata biarpun sedar cabaran getir menanti di hadapan ribuan penyokong Harimau Selatan.

“Ini merupakan Kejohanan ACLE pertama buat kami dan juga kali pertama bermain sebagai pelawat. Kami datang untuk memungut tiga mata dan akan mempamerkan kualiti serta gaya permainan yang kami miliki,” katanya.

Naib kapten, Yuta Nakayama pula menyifatkan peluang beraksi di gelanggang JDT sebagai pengalaman berharga, sambil mengakui mereka teruja dengan suasana bakal tercipta di Stadium Sultan Ibrahim.

“Kami hadir dengan rekod agak baik di dalam liga dan juga seri ketika perlawanan pertama ACLE sebelum ini. Kami teruja untuk bermain di stadium yang cantik ini dan pasti akan dipenuhi dengan penyokong setia mereka. Kami juga pasti akan menerima saingan sengit daripada JDT yang mempunyai ramai pemain berkualiti,” katanya.

Dengan kedua-dua pasukan tampil dengan keyakinan tinggi, pertemuan ini dijangka berlangsung sengit, sekali gus menjadi medan penting bagi JDT dan Machida dalam menentukan hala tuju kempen ACL musim ini.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page