top of page

AHMAD SYIHAN HAZMI UKIR SEJARAH, BANTU MALAYSIA TUNDUKKAN PALESTIN SELEPAS 24 TAHUN

  • Writer: Editor
    Editor
  • Sep 9
  • 1 min read

ree

Pada 26 Mac 2013, Ahmad Syihan Hazmi buat pertama kali menyarung jersi senior Harimau Malaya ketika berusia 17 tahun dalam aksi amal menentang Palestin.


Meskipun Malaysia tewas 0-2, nama Syihan mula mencuri perhatian apabila beliau berjaya menyelamatkan sepakan penalti pada masa kecederaan selepas masuk menggantikan Norazlan Razali.


ree

Hampir 12 tahun selepas detik keramat itu, Syihan kini tampil sebagai benteng utama negara. Dengan ketenangan dan ketangkasannya, beliau muncul wira apabila berjaya menggagalkan beberapa percubaan berbahaya Palestin, sekali gus memastikan pintu gol Harimau Malaya kekal utuh.


Di “ Colosseum Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri” — gelanggang rasmi kelabnya Johor Darul Ta’zim — sejarah tercipta apabila Malaysia akhirnya menewaskan Palestin, sekaligus menamatkan penantian hampir 24 tahun selepas kemenangan terakhir pada kelayakan Piala Dunia pada tahun 2001.


“Itu semua rezeki. Saya ingin ucap terima kasih kepada keluarga, rakan sepasukan, serta penyokong yang sentiasa mendoakan saya. Malah, seluruh pasukan memberikan 100% dan bersatu hati. Kemenangan ini milik kita semua,” ujar Syihan yang dinobatkan sebagai Man of the Match.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page