top of page

ARIF AIMAN SAH BERGELAR SUAMI KEPADA ALIAH NATASHA

  • Writer: Editor
    Editor
  • 4 days ago
  • 1 min read


Arif Aiman Hanapi sah bergelar suami kepada pasangannya, Aliah Natasha, dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup di Johor Bahru hari ini.


Majlis penuh bermakna itu difahamkan hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak dalam suasana sederhana namun meriah.



Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, pasangan mempelai tampil segak dan anggun mengenakan busana sedondon berwarna putih pada hari bahagia mereka.


Pemain sensasi Johor Darul Ta'zim F.C. berusia 24 tahun itu turut dilihat gagal menahan sebak ketika memeluk ibunya sejurus selesai lafaz akad nikah.


Momen penuh emosi tersebut mengundang rasa terharu dalam kalangan peminat apabila ruangan komen media sosial dibanjiri ucapan tahniah serta doa buat pasangan pengantin baharu itu.


Majlis resepsi pasangan berkenaan dijadual berlangsung pada sebelah malam dan dijangka turut diserikan dengan keberangkatan tiba Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota Ismail.


Terdahulu, kad undangan pernikahan Arif tular di media sosial sekali gus mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air yang mengikuti rapat perkembangan tonggak Harimau Selatan itu. " SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA KEKAL BAHAGIA SAMPAI SYURGA"

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page