top of page

TUNKU MAHKOTA ISMAIL SERIKAN MAJLIS RESEPSI ARIF AIMAN

  • Writer: Editor
    Editor
  • 3 days ago
  • 1 min read


DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berkenan menghadiri majlis resepsi pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi bersama pasangan pilihan hatinya, Nurul Aliah Natasha Md Hairushahri.


Keberangkatan baginda bersama YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dikongsikan menerusi semua platform media sosial rasmi baginda pada Isnin.



" Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke majlis perkahwinan Arif Aiman Mohd Hanafi, pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dan pasangannya, Nurul Aliah Natasha Md Hairushahri pada hari ini, 25 Mei 2026,” menurut kenyataan tersebut.


Arif Aiman selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Johor Bahru dalam suasana sederhana namun meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan kenalan rapat.


Majlis perkahwinan pemain berusia 24 tahun itu turut mendapat perhatian ramai peminat bola sepak tempatan yang membanjiri media sosial dengan ucapan tahniah dan doa kebahagiaan buat pasangan pengantin baru tersebut.


Penjaga gol kebangsaan dan bekas rakan sepasukan, Haziq Nadzli turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Arif Aiman ketika ditemu bual stesen radio HotFM.


Sebelum ini, kad jemputan perkahwinan Arif Aiman mula tular di media sosial beberapa hari lalu sekali gus mengundang perhatian penyokong JDT dan peminat bola sepak tanah air.


Malah, Arif Aiman turut mengakui jaringan golnya dalam aksi final Piala Malaysia menentang Kuching City FC dianggap sebagai hadiah terbaik sebelum melangkah ke fasa baharu dalam kehidupannya.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page