top of page

KOREA POLO JULANG GELARAN SUBSIDIARY FINAL SELEPAS TEWASKAN JCORP 5-4

Writer: Editor
Editor
Sep 5
1 min read

JOHOR BAHRU, 5 Sept — Korea Polo muncul juara Subsidiary Final Johor Super Crown Polo Tournament (JSCPT) 2026 selepas menewaskan JCORP 5-4 dalam perlawanan sengit di Royal Johor Polo Club (RJPC), Istana Pasir Pelangi, hari ini.



Pertembungan kedua-dua pasukan berlangsung sengit sehingga wisel penamat, dengan Korea Polo akhirnya mempertahankan kelebihan tipis untuk mencatat kemenangan sekali gus membawa pulang gelaran Subsidiary Final.


Kemenangan itu melengkapkan saingan Korea Polo dalam kejohanan berstatus 22 gol yang menghimpunkan lima pasukan elit, termasuk JCORP, Temasek, Royal Johor dan Digital Bridge.


JCORP pula terpaksa akur dengan keputusan berkenaan selepas memberikan tentangan hebat dalam aksi yang berlangsung penuh dramatik sehingga penghujung permainan.


JSCPT 2026 yang berlangsung dari 1 hingga 6 September di RJPC merupakan kejohanan polo antarabangsa yang dianjurkan bagi mengangkat Johor sebagai destinasi polo bertaraf dunia.





Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page