top of page

ARIF AIMAN BENGANG, DI TUDUH TERLALU SELESA DI LIGA MALAYSIA

  • Writer: Editor
    Editor
  • Jul 5
  • 1 min read

Updated: Jul 9


Pemain sayap kebangsaan, Arif Aiman Hanapi menafikan dakwaan bahawa beliau terlalu selesa beraksi di Liga Malaysia sehingga tidak berminat untuk mengembangkan karier di luar negara.


Menerusi perkongsian di media sosial, pemain berusia 24 tahun itu berkata tanggapan sedemikian adalah tidak tepat kerana orang ramai tidak mengetahui pengorbanan serta cabaran yang terpaksa ditempuh sepanjang perjalanan kariernya.



Menurut pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu, kejayaan yang dikecapinya hari ini bukan diperoleh dengan mudah, sebaliknya hasil usaha, pengorbanan dan kerja keras sejak berada di peringkat awal karier.


"Pertama sekali saya nak tanya, macam mana awak tahu saya selesa dan tiada tekanan di sini?


"Awak tidak tahu betapa sukarnya dan besarnya pengorbanan yang saya lakukan untuk sampai ke tahap ini. Jangan membuat andaian seolah-olah awak tahu perjalanan hidup saya.


"Bukan mudah untuk saya berada pada tahap sekarang. Saya bermula dari bawah dan menempuh pelbagai cabaran yang mungkin orang ramai tidak tahu," katanya.



Kenyataan itu dipercayai dibuat sebagai respons terhadap pandangan segelintir pihak yang beranggapan beliau sepatutnya berhijrah ke luar negara bagi mengembangkan karier di peringkat lebih tinggi.


Sebelum ini, Arif Aiman sekali lagi mencipta sejarah bola sepak tempatan apabila dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK), sekali gus menjadi pemain pertama memenangi anugerah berprestij itu buat empat kali berturut-turut.


Pencapaian tersebut mengukuhkan lagi statusnya sebagai antara pemain terbaik negara ketika ini, selain terus menjadi tonggak utama JDT dan skuad kebangsaan.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page