HARIMAU MALAYA: PENYOKONG AMERICA USIR HOLGADO KERANA PILIH HARIMAU MALAYA
- Editor

- Jun 3
- 1 min read

Rodrigo Holgado bakal menjadi senjata terhebat Harimau Malaya menjelang perlawanan seterusnya menentang Vietnam dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027.
Difahamkan, penyerang berusia 29 tahun itu sedang dalam perjalanan ke Malaysia dan akan diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai pemain baharu dalam masa terdekat.
Namun, di sebalik kehangatan berita tersebut, terdapat harga yang perlu dibayar apabila kecaman mula membanjiri sosial media mengenai keputusan Holgado yang dipanggil menyertai skuad kendalian Peter Cklamovski menerusi program warisan.
Ini selepas, pemain kelahiran Argentina itu memilih meninggalkan kelabnya, America de Cali, demi tugasan antarabangsa.
Ada yang tidak senang duduk melihat Holgado menyarung jersi skuad kebangsaan.
"Seorang pemain yang lebih memilih untuk bermain dengan pasukan kebangsaan daripada kekal bersama kelab ketika merebut tempat ke final bukanlah satu tindakan wajar.
"Dia tidak sepatutnya menjadi pemain America. Dia boleh angkat kaki terus," kata seorang penyokong di X.
Perdebatan terus berlaku tatkala aksi kelab tersebut berlangsung dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan pemain yang menerima panggilan negara perlu melaporkan diri.
Menurut laman transfermarkt, Holgado telah mencatatkan 22 penampilan bersamaan lapan gol bersama pasukannya musim ini.










Comments