HARIMAU MALAYA: RANKING MALAYSIA MELONJAK SELEPAS BELASAH VIETNAM
- Editor

- Jun 11
- 1 min read

RANKING Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pasukan Harimau Malaya dijangka akan mengalami peningkatan selepas kejayaan cemerlang menewaskan Vietnam 4-0 dalam perlawanan Kumpulan F Kelayakan Piala Asia pada Selasa.
Kemenangan besar ke atas skuad Naga Emas itu membolehkan skuad negara menambah 13.99 mata menjadikan mata terkini yang dikumpul iaitu 1,135.54 mata.
Kedudukan Vietnam yang berada di ranking 109 dunia lebih baik berbanding skuad negara menyaksikan banyak mata berjaya dipungut oleh skuad kendalian Peter Cklamovski itu.
Kejayaan ini juga menyaksikan pasukan Harimau Malaya melonjak lima anak tangga, dari kedudukan ke-131 dunia kepada kedudukan ke-126 dunia mengikut pengiraan ranking tidak rasmi.
Kemas kini seterusnya bagi ranking FIFA secara rasmi akan dilakukan pada 10 Julai nanti.

Selain peningkatan ranking, kejayaan menewaskan Vietnam juga memberi peluang cerah kepada skuad negara untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia 2027, dengan hanya juara kumpulan yang akan layak ke pusingan seterusnya.
Selepas ini, pasukan Harimau Malaya akan berdepan Laos dalam dua perlawanan – satu di laman lawan dan satu lagi di laman sendiri pada bulan Oktober.
Seterusnya, mereka akan berdepan Nepal sebelum menutup aksi kumpulan dengan sekali lagi bertemu Vietnam di laman lawan.










Comments