top of page

ISU DOKUMENTASI: MFL RESPON KENYATAAN FIFA BERKAITAN TUJUH PEMAIN WARISAN

  • Writer: Editor
    Editor
  • Sep 29, 2025
  • 1 min read

ree

Malaysian Football League (MFL) hari ini mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang menjatuhkan hukuman penggantungan selama 12 bulan terhadap tujuh pemain warisan negara.



Menerusi kenyataan di laman web rasmi, MFL memaklumkan tiga daripada tujuh pemain tersebut merupakan tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

“Berdasarkan keputusan FIFA itu, MFL mengesahkan bahawa tiga pemain daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) yang turut terlibat iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel tidak boleh beraksi dalam mana-mana pertandingan Liga Malaysia sepanjang tempoh penggantungan,” jelas MFL.

Bagaimanapun, MFL menegaskan tindakan lanjut berhubung status pemain-pemain terbabit hanya akan dibuat selepas keputusan rayuan yang dikemukakan FAM didengar dan diputuskan oleh FIFA.


Difahamkan, FIFA mendapati FAM serta tujuh pemain berkenaan melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan isu pemalsuan dokumen. Kes berkenaan kini sedang melalui proses rayuan.


Antara tujuh pemain yang digantung adalah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.


Hukuman tersebut memberi tamparan hebat buat beberapa kelab Liga Malaysia, khususnya JDT yang kehilangan tiga tonggak import berpengalaman dalam kempen domestik dan antarabangsa musim ini.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page