KELAYAKAN FUTSAL PIALA ASIA: MALAYSIA PESTA GOL TUMBANGKAN BANGLADESH
- Editor

- Sep 23
- 1 min read

Skuad futsal negara tidak berdepan masalah menewaskan Bangladesh 7-1 dalam perlawanan kedua Kelayakan Futsal Piala Asia 2026 di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, malam tadi.
Gerakan Awalluddin Nawi yang mengelirukan pihak lawan meletakkan Malaysia mendahului seawal minit keenam, sebelum serangan balas daripada Pakistan dinoktahkan Fayed Azim untuk jaringan penyamaan 1-1 selang satu minit kemudian.
Malaysia mendominasi babak pertama dengan serangan demi serangan hingga peluang terhidang dinoktahkan Danial Dain pada minit ke-15 untuk pasukan tuan rumah kembali dihadapan 2-1.
Sementara itu, giliran Mahadir Harahap pula melengkapkan gol ketiga negara selepas rembatan deras Syahir Iqbal ditampan mudah untuk Malaysia selesa dengan mendahului 3-1 sebelum masuk ke bilik persalinan.
Bangladesh kembali mengatur kebangkitan dalam babak kedua dengan corak permainan powerplay, namun dihukum Syahir yang memanfaatkan peluang selepas penjaga gawang Pakistan tiada di posisinya untuk jaringan keempat skuad negara.
Masuk minit ke-27, Mahadir sekali lagi menewaskan Hassan Rabbi selepas pertahanan Pakistan gagal mengeluarkan bola daripada kawasan berbahaya untuk terus menjarakkan kedudukan menjadi 5-1.
Pesta jaringan skuad kendalian Rakhpol Sainetngam tidak terhenti di situ apabila pemain gantian, Saad Sani dan Faris Johan turut menempah nama selaku penjaring untuk kemenangan Malaysia menewaskan Pakistan 7-1 di Kuantan.










Comments