top of page

LIGA A1: 16 PASUKAN TERMASUK KELAB KOREA SELATAN RANCAKKAN MUSIM 2025/26

  • Writer: Editor
    Editor
  • Jun 16
  • 1 min read

ree

Sebanyak 16 pasukan sudah disahkan akan menyertai saingan Liga A1 Semi Pro 2025/26 dengan saingan akan lebih menarik dengan penyertaan pasukan dari Korea Selatan iaitu Seoul Pheonix.



Pengerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, tiga pasukan berkenaan sebelum ini diberikan kelulusan bersyarat dan perlu melengkapkan beberapa kriteria serta dokumen mengikut tempoh yang diberikan.


“Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Guar Syed Alwi (GSA FC) dan FC Seoul Phoenix (Korea Selatan) kini telah disahkan penyertaaan mereka di Liga A1 Semi-Pro 2025-2026,” katanya.


Mohd Yusoff berkata, AFL juga telah mengesahkan penyertaan UM- Damansara United yang sebelum ini diletakkan dalam senarai menunggu bersama Ipoh City FC.


“Setelah melalui proses semakan dokumen dan kriteria ditetapkan sama seperti pasukan-pasukan yang lain, UM- Damansara United juga turut disahkan penyertaan bagi melengkapkan jumlah 16 pasukan menyertai Liga A1 Semi Pro 2025-2026.


“Bagi Ipoh City FC pula, pasukan berkenaan telah mengambil keputusan untuk menarik diri menyertai saingan,” ujarnya.


Antara senarai pasukan seperti berikut:


• JOHOR DARUL TA'ZIM II • SELANGOR II • MALAYSIAN UNIVERSITY • IMIGRESEN FC • ARMED FORCES • KEDAH FA • MACHAN • KELANTAN RED WARRIOR • MANJUNG CITY • BUNGA RAYA • PERAK FA • KELANTAN WTS • KEDAH DARUL AMAN • PERLIS GSA • UM-DAMANSARA UNITED • SEOUL PHEONIX

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page