top of page

LIGA MALAYSIA: TERENGGANU FC LEPASKAN 18 PEMAIN, AKHYAR DIPINJAMKAN SEMUSIM KE KELAB LAIN

  • Writer: Editor
    Editor
  • Jul 16
  • 1 min read

Terengganu FC telah mengumumkan senarai 18 pemain yang tidak akan meneruskan khidmat bersama skuad itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2026/2027, sebagai sebahagian daripada proses penyusunan semula pasukan.


Kelab Pantai Timur itu memaklumkan pemain yang dilepaskan selepas tamat kontrak ialah Careca, Diego Landis, Engku Shakir, Ehson, Shervoni, Yan Mabella, Kyaw Min Oo, Hairey Hakim, Saiful Jamaluddin, Junior Sam Ngong, Hairiey Hakim, Khalaif Naskam, Syahmi Zamri, Azziq Zahazani, Nazul Izamil, Akram Mahinan, Baqiuddin Shamsudin dan Haqimi Azim.



Terengganu FC turut menjelaskan bahawa beberapa pemain yang masih mempunyai baki kontrak, termasuk Engku Shakir, Syahmi Zamri, Ehson dan Shervoni, telah menamatkan kontrak secara persetujuan bersama selepas memohon untuk meninggalkan pasukan bagi menyertai kelab baharu pada musim hadapan.


Dalam perkembangan sama, pemain sayap kebangsaan, Akhyar Rashid, yang masih mempunyai kontrak bersama Terengganu FC, akan dipinjamkan ke sebuah pasukan lain sehingga tamat musim 2026/2027.


Pengurusan Terengganu FC dalam kenyataannya merakamkan penghargaan kepada semua pemain yang meninggalkan pasukan atas komitmen, dedikasi dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menyarung jersi skuad Penyu.


"Setiap daripada mereka telah memainkan peranan penting dalam perjalanan Terengganu FC, dan segala jasa serta pengorbanan mereka akan sentiasa dikenang serta dihargai oleh kelab.


"Terengganu FC juga mendoakan agar semua pemain yang bakal memulakan cabaran baharu terus diberikan kejayaan dan kecemerlangan dalam karier bola sepak masing-masing," menurut kenyataan itu.


Pengumuman tersebut dilihat sebagai sebahagian daripada persiapan Terengganu FC dalam memperkemaskan skuad menjelang saingan Liga Malaysia 2026/2027 yang dijangka menyaksikan beberapa perubahan dari segi barisan pemain dan perancangan pasukan.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page