top of page

LIGA SUPER : AMRI YAHYAH HADIAHKAN ‘SIUU’ RAIKAN KEKALAHAN SELANGOR

  • Writer: Editor
    Editor
  • Apr 28, 2023
  • 1 min read

Pemain sayap Sabah FC, Amri Yahyah memberikan pengalaman pahit kepada bekas pasukannya, Selangor FC selepas kekalahan perit di tempat lawan.


Perlawanan sengit ini menyaksikan anak didik Ong Kim Swee turun dalam misi besar untuk kembali mencari rentak setelah tewas beberapa perlawanan.


Mereka akhirnya berjaya menewaskan The Red Giants dengan keputusan 2-1 untuk mengekori rapat anak didik Tan Cheng Hoe di tempat ke-3.


Perkara yang mencuri tumpuan apabila Amri Yahyah yang juga merupakan anak jati Tanjung Karang, Selangor meraikan kejayaan besar pasukannya dengan laungan ‘siu’ di tepi padang.


Umum mengetahui bahawa gaya tersebut sering digunakan oleh Faisal Halim di Malaysia berinsipirasikan lagenda bola sepak dunia iaitu Cristiano Ronaldo.

Cara meraikan kemenangan tersebut sudah cukup untuk menggambarkan kepuasan beliau apabial dapat membantu The Rhinos memperoleh kemenangan berharga.


Sabah akan berdepan Terengganu di laman sendiri bagi aksi berikutnya sementara akan ke Ipoh untuk menentang Perak FC. Sumber Info : MakanBola

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page