top of page

LIGA SUPER: ‘COUNTER ATTACK’ NIDZAM JAMIL BUAT HARIMAU SELATAN CEMAS

  • Writer: Editor
    Editor
  • 5 days ago
  • 1 min read

ree

Negeri Sembilan memberikan tentangan hebat sebelum tewas 3-5 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebentar tadi.


Bahkan, skuad Jang itu mendahului 2-0 dalam 12 minit pertama bermula dengan jaringan Joseph Esso pada minit kelapan disusuli sentuhan pemusnah Jovan Motika.


Pengalaman bekas jurulatih Selangor FC, Mohd Nidzam Jamil nyata telah mengkucar kacirkan barisan pemain Xisco Munoz.


Dua gol awal oleh pemain import baharu Negeri Sembilan, Joseph Esso dan Jovan Motika pada minit ke-7 dan 13 nyata menyentap perancangan JDT.


Kemasukan Arif Aiman pada minit ke-28 dan Afiq Fazail nyata merubah corak serangan tuan rumah.


Jon Irazabal menanduk masuk gol pertama JDT pada minit ke-37 sebelum Jaoa Figueiredo berjaya menyamakan kedudukan 5 minit sebelum separuh masa pertama tamat.


Sedar rekod kemenangan ditempat sendiri perlu dipertahankan, skuad JDT menambah ketajaman dibahagian serangan pada separuh masa kedua.


Jon Irazabal menambah koleksi jaringan beliau pada minit ke-56 sebelum Arif Aiman menjarakkan kedudukan seminit selepas itu.


ree

Bergson Da Silva membuktikan yang beliau masih relevan di pentas domestik liga malaysia apabila berjaya menjaringkan gol kelima buat Harimau Selatan.


Nyata gol tersebut berjaya memberikan kelegaan kepada 12’674 penyokong setia yang hadir sekaligus menyelamatkan maruah pasukan tuan rumah dengan kemenangan 5-3.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page