LIGA SUPER: SELANGOR FC SEKADAR MAMPU SERI DI TEMPAT SENDIRI
- Editor

- Feb 28
- 1 min read

PERLAWANAN menarik antara Selangor FC dan Sabah FC berakhir dengan keputusan seri 0-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor.
Aksi yang berlangsung pada Khamis itu menyaksikan kedua-dua pasukan seimbang dalam melakukan serangan ke kubu lawan masing-masing.
Kedua-dua pasukan turun dengan misi penting bagi mendapatkan tiga mata berharga namun kedua-dua pasukan dilihat buntu dalam mencari jaringan.
Dalam babak pertama aksi di MBPJ, kedua-dua pasukan berjaya membuat percubaan tepat ke arah gawang gol, namun penjaga gol Sabah, Damien Lim dan Selangor, Kalamullah Al Hafiz beraksi cemerlang.
Bersambung babak kedua, Sabah hampir membuka jaringan pertama menerusi sepakan penalti selepas Saddil Ramdani dijatuhkan dalam kotak penalti.
Namun, sepakan yang diambil oleh Darren Lok berjaya diselamatkan Kalamullah pada minit ke-76 permainan.
Memasuki minit-minit akhir di MBPJ, kedua-dua pasukan masih buntu mencari jaringan dan keputusan berakhir dengan 0-0.
Susulan keputusan seri itu, ramai penyokong tidak berpuas hati dengan penyerang Sabah FC, Darren Lok yang gagal memanfaatkan peluang keemasan dalam memburu tiga mata berharga di laman lawan.
Selangor berada di kedudukan kedua liga dengan 43 mata, manakala Sabah di tangga ketiga dengan 35 mata. — Majoriti










Comments