top of page

LIGA SUPER: TAK PUAS HATI, JURULATIH TFC BENGANG KEPUTUSAN SERI

  • Writer: Editor
    Editor
  • 3 days ago
  • 2 min read

ree

Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC) Badrul Afzan Razali mengakui kurang berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 yang dicatatkan ketika bertemu PDRM FC, malam tadi.


Beliau berkata, kesilapan di bahagian penyudah menyebabkan skuad Penyu terlepas banyak peluang untuk menjaringkan gol di hadapan lebih 6,000 penyokong sendiri.


ree

Selain itu, tempo permainan yang agak perlahan pada awal babak pertama menyebabkan TFC sedikit ketinggalan sebelum bangkit menyamakan kedudukan pada saat akhir separuh masa kedua.


"Untuk perlawanan malam ini, 10 minit pertama rentak permainan kita terlalu perlahan, apabila PDRM FC dah jaringkan gol baharu kita nak bangkit kejar … jadi rekasi itu terlambat.


"Kita juga terutama Yan Mabella mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal. Pemain import juga kurang memuaskan pada malam ini," katanya selepas perlawanan kedua Liga Super menentang PDRM FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini malam tadi.


Bagaimanapun, Badrul Afzan memuji semangat juang pemain yang berusaha untuk mendapatkan gol kemenangan sehingga wisel penamat dibunyikan.


"Malam ini pemain perlu belajar daripada kesilapan dua gol mudah yang kita lepaskan. Kena perbaiki dan cipta kemenangan semula," katanya.


Sementara itu, pengendali PDRM FC Eddy Gapil @ Edwin berkata, kesilapan kecil menyebabkan The Cops terlepas peluang untuk membawa pulang tiga mata penuh dari tempat lawan.


Beliau tetap berpuas hati dengan prestasi anak buah terutama Henri Doumbia yang memberikan persembahan terbaik untuk pasukan.


"Kita perlu akui bukan mudah untuk datang bermain dengan TFC yang juga antara pasukan terbaik dalam negara. Corak permainan terbuka yang kita lakukan juga menjadi senjata yang berbahaya.


"Secara keseluruhan apa yang saya rancang pemain faham dan laksana dengan baik, cuma kena akui selepas Terengganu buat asakan pada minit ke-75, kita hilang konsentrasi dan mula buat kesilapan kecil," katanya. - Bernama

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page