Liga Super: TFC Sekadar Menang Tipis Bertemu Kelantan United.
- Saluddin Ismail

- Apr 1, 2023
- 1 min read

Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner berpuas hati dengan prestasi anak buahnya ketika menundukkan Kelantan United FC (KU) 2-1, pada aksi Liga Super malam tadi.
Pengendali kelahiran Croatia itu berkata kemenangan berkenaan berjaya menaikkan semula semangat skuad Penyu selepas tewas dua kali berturut-turut dalam perlawanan sebelum ini.
Beliau berkata tiga mata yang dikutip di laman sendiri malam tadi amat berharga dalam memperbaiki kedudukan TFC daripada tempat kesembilan ke tangga keenam liga dengan tujuh mata.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemain saya untuk tiga mata malam ini (tadi).
“Mungkin kita boleh jaringkan lebih banyak gol kerana kita cipta banyak peluang, tetapi anda dapat lihat setiap perlawanan sentiasa sama. Ia sukar dan saya berpuas hati dengan dua gol ini," katanya selepas perlawanan Liga Super TFC menentang KU di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini, malam tadi.
Pada perlawanan itu, TFC berjaya menewaskan skuad Kijang Hijau 2-1 hasil jaringan Liridon Krasniqi dan Jordan Mintah manakala gol KU disumbangkan oleh Jose Porteria.










Comments