top of page

PIALA FA: KEDAH FA, STAR CITY FC TERIKAT 2-2, TIKET SUKU AKHIR DITENTUKAN DI KANGAR

Writer: Editor
Editor
Sep 3
1 min read

Kedah FA terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 menentang Star City FC dalam aksi pertama Pusingan 16 Piala FA Malaysia 2026/27 di Stadium Darul Aman, malam tadi.


Pertemuan sengit itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan, sekali gus menjadikan peluang untuk mara ke suku akhir masih terbuka buat kedua-dua pasukan.


Kedah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Anthony Arthur pada minit ke-42 menerusi sepakan penalti, sebelum Star City bangkit pada babak kedua untuk menyamakan kedudukan melalui Douglas Oliveira pada minit ke-79.


Pasukan pelawat kemudian memperoleh momentum apabila Pedro Henrique meledak gol pada minit ke-87 bagi meletakkan Star City di hadapan 2-1.


Bagaimanapun, Kedah tidak mengalah dan usaha mereka membuahkan hasil apabila Zhafir Yusuf menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan, minit ke-90+3, sekali gus memastikan kedua-dua pasukan berkongsi keputusan 2-2.


Keputusan itu bermakna tiada kelebihan agregat buat mana-mana pasukan menjelang aksi kedua yang dijadualkan berlangsung 8 September di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar.


Kedah kini perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di utara pada perlawanan kedua untuk memburu kemenangan, manakala Star City pula hadir dengan misi mencipta kejutan di laman sendiri.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page