PIALA FA: MATYO CATAT SEJARAH, JADI PEMAIN PERTAMA ROBEK GAWANG JDT


Penyerang UM Damansara United, Amirul Akmal yang lebih dikenali sebagai Matyo, mencipta detik istimewa apabila menjadi pemain pertama meledak gol ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), petang tadi.
Amirul Akmal yang masuk sebagai pemain gantian berjaya menewaskan penjaga gol JDT, Christian Abad Amat, menerusi rembatan deras sebelum menyudahkan peluang menerusi sepakan susulan untuk menghasilkan jaringan buat UM Damansara.
Bagaimanapun, jaringan tersebut tidak cukup untuk membantu skuad Kota Damansara itu mencipta kejutan apabila tewas 1-4 kepada JDT dalam aksi pertama pusingan 16 Piala FA Malaysia.
Walaupun gagal mengelak kekalahan, jaringan Amirul Akmal tetap menjadi catatan penting buat UM Damansara apabila beliau muncul sebagai pemain pertama yang berjaya merobek gawang JDT di Stadium Sultan Ibrahim.





Comments