SAFIQ RAHIM: SAYA BELUM BERSARA, CUMA PERGI KEARAH MINAT LAIN
- Editor
- Aug 11
- 1 min read

Berikut kenyataan bekas kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim, yang tidak meganggap dirinya bersara daripada kancah bola sepak meskipun tidak lagi beraksi di atas padang sebagai pemain profesional.

Safiq yang juga bekas pemain tengah skuad kebangsaan mengakui cintanya kepada sukan itu tidak pernah pudar dan kini komited untuk menceburi bidang kejurulatihan.

Dia yang kini berusia 38 tahun bersama bekas rakan sepasukan Farizal Marlias dan Izham Tarmizi Roslan diberikan penghargaan oleh Harimau Selatan dan diumumkan sebahagian daripada 'Hall Of Fame JDT'.
"Saya bersyukur, terima kasih kepada keluarga dan terutamanya kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan keluarga JDT.
"Mereka banyak membantu dalam karier saya dalam bola sepak, perkataan bersara besar bagi saya. Saya masih berada dalam bola sepak kerana bersara akan berhenti.
"Saya masih ada dan tidak mahu katakan saya bersara, saya hanya pergi ke arah lain untuk perkara yang saya minat dari kecil.
"Saya akan teruskan dalam industri ini tetapi bukan sebagai pemain bola sepak." katanya. Sumber Artikel Stadium Astro
Comments