top of page

ACC SHOPEE CUP: JDT BERMULA GARANG, VLION CITY SAILOR TERPAKSA AKUR

  • Writer: Editor
    Editor
  • Aug 22
  • 1 min read

ree

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen sulung Kejohanan Kelab ASEAN Shopee Cup™ dengan langkah kanan apabila menundukkan Lion City Sailors (LCS) 3-1 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.


ree

Penyerang naturalisasi negara, João Figueiredo menjadi wira Harimau Selatan selepas meledak dua gol awal — sepakan penalti minit ke-11 dan penyudah kemas lima minit kemudian — untuk memberi kelebihan selesa kepada skuad kendalian Xisco Muñoz.


JDT yang juga juara Liga Super Malaysia, jelas lebih garang di hadapan penyokong sendiri dengan aksi cemerlang Jairo serta ketangkasan penjaga gol Andoni Zubiaurre yang menafikan beberapa percubaan berbahaya LCS.


Sebaliknya, benteng LCS gagal mengekang kelincahan Arif yang bijak mencipta ruang termasuk hantaran untuk gol kedua Figueiredo.

ree

Arif Aiman melengkapkan kemenangan dengan jaringan ketiga pada masa kecederaan apabila menyambar sepakan percuma pantas Nacho Mendez untuk menewaskan Ivan Susak, sekali gus mematikan sisa kebangkitan pelawat. Shawal Anuar menceriakan sedikit kem Singapura dengan gol saguhati melalui rembatan menarik jarak jauh pada penghujung babak kedua, namun ia sudah terlewat untuk menafikan malam gemilang JDT.


Figueiredo dinobatkan sebagai Shopee Star of the Match selepas persembahan memukau yang memastikan Harimau Selatan menguasai Kumpulan B dengan penuh bergaya.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page