top of page

ACC SHOPEE CUP: LION CITY BANGGA BERTEMU JDTWALAU PERNAH TEWAS TIGA KALI

  • Writer: Editor
    Editor
  • Aug 20
  • 1 min read

ree

Pengendali kelab Liga Singapuran (Liga S), Lion City Sailors, Aleksandar Rankovic tampak tidak gentar berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi pembukaan Kumpulan B kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) bagi merebut Piala Shopee di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam esok.


Walaupun rekod pertemuan dalam aksi persahabatan pada tahun lalu memihak kepada Harimau Selatan selepas kelab dari Singapura itu tewas 0-4 pada April dan 0-1 pada November musim lalu, Rankovic menjelaskan ia adalah pertemuan yang berbeza dan tidak menjangkakan perkara sama akan berulang pada aksi kompetitif.


“Rasa bangga sekali lagi dapat bertanding di dalam pertandingan Shopee Cup ini. Walaupun kami tewas 3 perlawanan persahabatan dengan JDT sebelum ini, tidak perlu dikhuatiri kerana nyata ianya adalah satu atmosphere dan pentas yang berbeza.”


“Semua orang sedar, JDT adalah antara pasukan terkuat di Asia Tenggara, mereka menang purata 3 gol hampir setiap perlawanan dan ianya bukan perkara baru. Kami cukup bersedia”

ree

Sementara itu, Toni Datkovic , Pemain Pertahanan-Lion City Sailors FC berkongsi keterujaan beliau untuk bertemu JDT,


“Kami akui JDT mempunyai kekuatan yang seimbang hampir di segenap posisi. Kami hadir di sini sebagai pasukan “Underdog” dan kami cukup bersedia untuk perlawanan esok." katanya.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page