ACC SHOPEE CUP: SETIAP PERLAWANAN ADALAH PENTING UNTUK JDT - XISCO MUNOZ
- Editor

- Aug 20
- 1 min read

Johor Darul Ta'zim (JDT) akan membuka saingan Kumpulan B, Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup dengan menentang kelab Singapura, Lion City Sailors di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri pada Khamis ini.
Ia akan menjadi tiik permulaan untuk Harimau Selatan untuk menakluk peringkat Asia Tenggara selepas ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim lalu.
Dengan skuad serba baru, pasukan bimbingan Xisco Munoz itu dijangka akan memperoleh tiga mata pertama dalam saingan berkenaan. Xisco Munoz turut berkongsikan matlamat skuad Harimau Selatan adalah jelas bahawa setiap perlawanan sangat penting selain memberikan aksi terbaik untuk mencipta kemenangan.
“Kami bakal diuji dengan lawan yang cukup bagus pada perlawan esok, minit awal permainan merupakan detik terpenting kepada kami sebagai satu pasukan.”
“Kami mempunyai hampir 34 orang pemain pada skuad tahun ini dan “Mentaliti Kemenangan” merupakan perkara utama buat kami. Kami menghormati Lion City Sailors tetapi 3 mata pertama merupakan objectif utama buat kami untuk esok” katanya.

Bagi pertahanan JDT, Jon Irazabal menzahirkan keterujaan beliau untuk membantu JDT mengutip tiga mata bagi perlawanan pembukaan kumpulan B.
“Saya cukup teruja untuk menentang Sailor City Sailors untuk perlawanan esok kerana mereka antara pasukan terbaik di rantau ini”
“Kami sebagai pemain perlu focus dan memahami kehendak taktikal yang ditetapkan oleh jurulatih. Pertandingan antarabangsa seperti ini menjadi medan terbaik buat kami mempertingkatkan gaya permainan dan persefahaman di dalam pasukan” katanya.










Comments