top of page

ACLE: HARIMAU SELATAN TERUS CEMERLANG WALAU TANPA TRIO WARISAN

  • Writer: Editor
    Editor
  • Nov 6
  • 1 min read

ree

JOHOR BAHRU, 6 Nov — Johor Darul Ta’zim FC (JDT) terus mempamerkan keampuhan dalam saingan AFC Champions League (ACL) Elite selepas meraih dua kemenangan berturut-turut, meskipun beraksi tanpa trio warisan yang digantung FIFA — Hector Hevel, Joao Figueiredo dan Jon Irazabal.


Aksi menentang Shanghai Shenhua FC di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi menyaksikan tuan rumah berdepan sedikit tekanan pada separuh masa pertama apabila gagal memecah kebuntuan meskipun menguasai permainan dan mencipta beberapa peluang berbahaya.


Kebangkitan JDT bermula sebaik babak kedua bersambung apabila penyerang import dari Brazil, Jonathan Silva, meledak dua gol masing-masing pada minit ke-47 dan 87 hasil hantaran silang tepat daripada Arif Aiman Hanapi.


ree

Oscar Arribas turut mempamerkan sentuhan berbisa apabila menjaringkan gol kedua pasukan pada minit ke-63 menerusi rembatan leret kaki kiri yang menewaskan penjaga gol lawan.


Pasukan pelawat bagaimanapun memperoleh gol saguhati pada minit ke-72 selepas Soulo Mineiro menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil.



Kemenangan 3-1 itu membolehkan skuad kendalian Hector Bidoglio terus memperkukuh kedudukan dalam Kumpulan ACL Elite, kini berada di tangga kedua di belakang kelab Jepun, Vissel Kobe.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page