top of page

AFF WOMEN'S CUP: INDONESIA KEKAL JUARA PIALA AFF WANITA SELEPAS BENAM LAOS 5-0

  • Writer: Editor
    Editor
  • 7 days ago
  • 1 min read

Indonesia berjaya mempertahankan kejuaraan Piala AFF Wanita selepas membelasah Laos 5-0 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.


Kejayaan itu menyaksikan skuad Garuda Pertiwi muncul juara buat kali kedua berturut-turut dalam sejarah kejohanan, sekali gus mengukuhkan status mereka sebagai antara kuasa utama bola sepak wanita di rantau Asia Tenggara.


Indonesia membuka tirai jaringan menerusi Sydney Hopper pada minit ke-33 untuk mendahului 1-0 sehingga tamat babak pertama sebelum menggandakan asakan sejurus bersambung separuh masa kedua.



Isabelle Nottet menambah gol kedua pada minit ke-48, diikuti Estella Loupatty (56'), Felicia de Zeeuw (68') dan Emily Nahon (84') bagi melengkapkan kemenangan bergaya 5-0 ke atas Laos.


Laos yang mara ke pentas final buat pertama kali berusaha memberikan tentangan sengit, namun gagal mengekang keampuhan jentera serangan Indonesia yang menguasai permainan sepanjang babak kedua.


Kejayaan mempertahankan kejuaraan itu turut membolehkan Indonesia mengesahkan tempat ke Kejohanan Wanita ASEAN 2027, bersama naib juara Laos dan pasukan tempat ketiga, Singapura.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page