top of page

LIGA SUPER: AKHYAR RASHID SERTAI NEGERI SEMBILAN FC SECARA PINJAMAN DARI TERENGGANU FC

  • Writer: Editor
    Editor
  • Jul 18
  • 1 min read

Negeri Sembilan FC hari ini mengesahkan mendapatkan khidmat pemain sayap kebangsaan, Akhyar Rashid, secara pinjaman daripada Terengganu FC bagi menghadapi saingan musim 2026-2027.


Pemain berusia 27 tahun itu menjadi antara rekrut terbaharu skuad The Jangs secara pinjaman dari Terengganu FC dalam usaha memperkukuhkan jentera serangan pasukan menjelang kempen baharu Liga Malaysia.



Akhyar yang terkenal dengan kepantasan dan kemahiran menggelecek lazimnya beraksi di posisi sayap kiri, namun turut mampu memainkan peranan dengan berkesan di bahagian sayap kanan, sekali gus memberi lebih banyak pilihan taktikal kepada barisan kejurulatihan Negeri Sembilan FC.


Di pentas antarabangsa, beliau merupakan antara tonggak penting Harimau Malaya dengan telah mengumpul 51 penampilan bersama skuad kebangsaan. Sepanjang tempoh tersebut, Akhyar berjaya meledak 10 gol selain mencatat 11 bantuan jaringan.


Kehadiran bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah itu dijangka mampu menambah kekuatan serta kreativiti jentera serangan Negeri Sembilan FC, yang mengharapkan pengalaman dan kualiti dimilikinya untuk mengharungi saingan musim ini.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page