top of page

ANDAI SFC BERAKSI BURUK, IA TIDAK BAGUS UNTUK BOLASEPAK MALAYSIA

  • Writer: Editor
    Editor
  • Aug 7
  • 1 min read

ree

Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, berkata pasukannya perlu mempamerkan aksi terbaik dalam Perlawanan Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri malam esok.


Menurutnya, pasukan Gergasi Merah itu perlu menghormati perlawanan merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah berkenaan dengan memberikan aksi terbaik kerana seandainya mereka gagal melakukannya, ia sesuatu yang tidak bagus buat bola sepak Malaysia.


Tidak menafikan kepentingan ketahanan fizikal, Kinoshi, bagaimanapun, lebih mengutamakan kekuatan mental pemainnya menjelang pertemuan pembuka tirai Liga Super itu.


"Yang pertama, ketahanan pemain juga penting tetapi kami perlu memiliki mentaliti yang kuat," katanya dalam sidang media.


"Kami perlu menunjukkan mentaliti kami, sudah pasti untuk memenangi perlawanan ini tetapi sebelum itu, kami perlu fokus terhadap prestasi kami.


"Kami perlu memberikan yang terbaik dan memberikan impak untuk perlawanan esok.


"Kerana kami perlu menghormati perlawanan ini dan jika kami beraksi buruk, ia tidak bagus untuk bola sepak Malaysia, jadi kami perlu menunjukkan mentaliti yang kuat buat bola sepak Malaysia dan peminat di seluruh negara," katanya. Sumber Artikel Stadium Astro

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page